SISI LAIN PASCA KEMELESETAN DALAM THE ROVER

Lumrah manusia akan berperang dengan alam untuk terus hidup ketika mengalami kemelesatan.  Selepas sedekad melepasi era kemelesetan, naluri kemanusiaan tetap utuh dalam diri walaupun beliau berseorangan dan tidak punya apa-apa lagi untuk hilang kecuali keretanya yang mempunyai satu-satu ‘khazanah’nya.

Itu intipati filem The Rover arahan David Michod yang menggarap The Animal Kingdom sebelum ini.

The Rover mengambil latar di pedalaman Australia pasca kemelesatan lebih sedekad lampau.  Benua Australia menjadi tumpuan khususnya sektor perlombongan untuk kelangsungan hidup. 


Eric (Guy Pierce) yang kehilangan segala miliknya dan telah membunuh isterinya yang curang, menjadi sangat marah apabila keretanya yang merupakan satu-satunya harta yang tinggal dilarikan oleh kumpulan perompak yang kereta mereka ditinggalkan apabila terbabas.

The Rover yang turut dibintang oleh Robert Pattinson yang membawakan watak Rey, lelaki naif Amerika Selatan yang ditinggalkan oleh kumpulan perompak termasuk abangnya kerana kecederaan.

Eric mendapat peluang untuk menjejak kumpulan perompak dan mendapatkan balik keretanya apabila dia terserempak dengan Rey yang mempersoalkan mengapa dia memiliki kereta abangnya.  Mereka berdua bergabung untuk menjejak abangnya dan mendapatkan semula kereta Eric.

Sinematografi dalam The Rover oleh Natasha Braier memang menjadi modal Australia untuk menonjolkan sisi lain pelancongan Australia, tidak mustahillah filem ini juga mendapat pembiayaan daripada Screen Australia kerana ceritanya menceritakan potensi besar Australia menurut Dr. Ruth Harley, Ketua Pegawai Eksekutif Screen Australia.

Filem ini menyorot kembara Eric dan Rey dalam misi mereka mencari kereta Eric.   Salah satu lokasi filem ini adalah sebuah pekan bernama Marree, lapan jam perjalanan daripada Adelaide.  Pekan ini hanya didiami  oleh 90 penghuni merupakan lokasi pertama masjid didirikan di Australia.  Marree merupakan pekan terakhir sebelum gurun.

Kekuatan The Rover juga adalah gabungan para pelakon khususnya Guy Pierce yang menampilkan watak pendiam, pendendam, emosi kosong dan polos. 

Selepas berjaya menjejak perompak yang melarikan kereta Eric dan abang Rey, kesemua mereka ditembak mati manakala Rey ditembak oleh abangnya. 

Di akhirnya, barulah diketahui bahawa punca kemarahan Eric bukanlah kerana keretanya dilarikan oleh perompak tetapi kerana bangkai anjing kesayangannya yang disimpan di bonet keretanya!


Filem The Rover mendapat penghormatan untuk ditayangkan dalam Festival Filem Cannes.

Ulasan

anep berkata…
aik ramadhan pun leh tgk wayang...selamat posa

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?