MANDUL PEMIMPIN?

Ketika hujung minggu lepas ketika dalam perjalanan ke selatan, melalui jalan yang jarang saya lalui, saya melewati Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang kini di gabungkan menjadi Kementerian Pendidikan Malaysia.

AKEPT ditubuhkan pada Januari 2008 bertujuan untuk meningkatkan tahap kecemerlangan kepimpinan mengurus tadbir universiti dan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.  Kalau mengikut keperluan Perdana Menteri pada masa ini, tentunya diharap AKEPT telah lama wujud sekurang-kurangnya dua dekad yang lalu.

Apa tidaknya, apabila dengar ura-ura bahawa Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil yang khabarnya akan mempertahankan kerusi Ketuanya pada Perhimpunan Agung yang akan datang ini bakal dilantik sebagai Penasihat Khas berkaitan dengan urusan wanitanya, maka pertanyaan yang mengasak minda saya adalah adakah kita ‘kemandulan pemimpin’.

Dengan kekalahan dalam Pilihanraya Umum ke-12, dan dengan skandal NFC milik keluarganya, malah tidak terpilih pula sebagai calon pada PRU yang baru lalu, apa lagi yang diharapkan oleh Perdana Menteri daripada Ketua Wanitanya.

Dengan partisipasi wanita yang lebih di semua peringkat, pemilihan Perdana Menteri kepada Ketua Wanitanya sebagai Penasihat Khas tentulah mengundang pelbagai persepsi walaupun Perdana Menteri mempunyai perogratif mengenai siapa yang dipilih untuk membantunya.

Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO dibarisi oleh ramai pemimpin daripada dua generasi yang muda dalam Puteri UMNO manakala yang lebih ‘senior’ dalam Pergerakan Wanita, adakah dengan perlantikan Datuk Seri Sharizat, Perdana Menteri dilihat menyokong dan menyediakan ruang kepada beliau untuk mempertahankan kerusi Ketua Wanita.

Atau adakah Perdana Menteri ‘menolong’ Ketua Wanita dengan harapan seluruh ahli wanita akan terus menyokong Presiden UMNO dan menyokong tindakan ‘tiada pertandingan’ bagi kerusi tertinggi dalam UMNO, sesuai dengan slogan ‘you help me, I help you’!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat pula menyanggah perlantikan Datuk Seri Sharizat adalah bagi membantu kementeriannya.  Apa perlunya perlantikan semacam itu bagi sebuah kementerian yang diketuai oleh Menteri dan Timbalan Menteri.

Apakah perlunya Perdana Menteri mempunyai Penasihat Khas bagi urusan berkaitan wanita jika kita telah mempunyai sebuah kementerian khusus untuk wanita malah mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri yang boleh dirujuk oleh Perdana Menteri bila-bila masa sahaja.

Bukankah dengan melantik Penasihat Khas yang bertaraf menteri akan meningkatkan perbelanjaan malah secara tidak langsung mewujudkan ‘tindanan’ tugasan di antara Penasihat Khas dan  Menteri yang mengetuai Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat. 


Nampaknya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang khabarnya dihapuskan kini diberikan definisi yang baru ISA – Ikut Suka Akulah!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
balik balik muka tu aja...
Tanpa Nama berkata…
najib sokong sharizat bkn azalina..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?