NEPOTISME GAYA NAZRI!

Ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pernah dikaitkan dengan pemberian ribuan permit teksi kepada syarikat yang dikatakan berkait rapat dengan beliau.  Namun mungkin kerana perkara itu tidak benar, maka beliau masih di dalam kabinet Perdana Menteri sehingga kini.

Menteri ‘otai’ ini telah berkhidmat dengan tiga orang Perdana Menteri, sejak zaman Dr. Mahathir, Pak Lah dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak,  dalam pelbagai kapasiti.  Namun yang paling diingat adalah ketika memegang portfolio yang berkait langsung dengan institusi Parlimen.

Apa tidaknya, ketika Datuk Seri Nazri bertanggungjawab terhadap Parlimen, beliau dianggap ‘kawan’ kepada semua ahli Parlimen tidak kira pihak pembangkang dan juga Kerajaan.  Selain daripada itu, siapa yang boleh lupa apabila beliau ‘membentangkan karpet merah’ kepada Namewee yang mencetuskan kontroversi melalui lagu Negarakuku.

Kini selepas 100 hari pasca Pilihanraya Umum dan menjadi Menteri Pelancongan & Kebudayaan, Datuk Seri Nazri, sekali lagi mencuri tumpuan dengan melantik anaknya sendiri sebagai salah seorang Pegawai Khas beliau dalam Kementeriannya.

Walaupun dikhabarkan bahawa anaknya, Muhammad Nedim Nazri akan dibayar daripada wang poketnya sendiri, namun persoalan yang lebih besar adalah ‘mencerucuk’ budaya nepotisme dan ketidak telusan mengenai perjalanan sebuah Kementerian yang diketuai oleh bapa dan si anak pula menjadi pegawai khasnya.

Plot ini nampak menarik dan akan menjadi ikutan jika Perdana Menteri atau pihak-pihak seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) tidak melakukkan sesuatu bagi menghindari ‘trend’ nepotisme ini.

Apakah dengan pengalaman Datuk Seri Nazri sendiri dalam kabinet, bahawa dengan melantik anaknya sendiri hatta sebagai pegawai khas sekali pun akan memberikan peluang untuk ‘memanipulasi’ maklumat dalaman apatah lagi jika beliau sendiri adalah Menteri dan bapa.

Alasan yang diberikan oleh beliau bahawa tugas anaknya akan membantu beliau mengendalikan program belia di kawasan Parlimen beliau di Padang Rengas, adalah satu lagi ‘dolak-dalik’ beliau dan menggambarkan bahawa seolah-olah ketandusan calon yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Sebaiknya dengan pengalaman luas beliau dalam kabinet dan sebagai ‘otai’ tentulah Datuk Seri Nazri harus menampilkan contoh yang sesuai dengan tidak megambil anaknya sendiri sebagai pegawai khas di kementeriannya.

Ketika Perdana Menteri sibuk melaungkan dengan integriti dan ketelusan dalam pentadbirannya, tindakan seorang Menteri melantik anaknya sendiri sebagai pegawai khas di kementerian, rasanya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.


Memanglah hak beliau sebagai menteri untuk melantik siapa sahaja yang dikehendaki untuk menjadi petugas dan kakitangan bagi membantu tugas-tugas menteri, namun melantik anak sendiri sebagai pegawai khasa adalah keterlaluan.  Kementerian yang diamanahkan bukan milik peribadi Menteri berkenaan, maka sepatutnya menghindari fitnah.  Mungkin ini nepotisme gaya Nazri!
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
15 Ogos 2013 3:05 PTG

baguih la tu..

16 Ogos 2013 8:12 PG

jln singkat nak kayakan kroni...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger