NOH OMAR – MENTERI BESAR (BN) SELANGOR!

Sebagai seorang yang telah menetap di Selangor sejak empat dekad yang lalu, saya merasa amat beruntung.  Ini kerana selepas 13 kali Pilihanraya Umum diadakan, saya dapat merasa dua kepimpinan Kerajaan BN dan Pakatan Pembangkang. 

Menariknya, selepas tahun 2008, tiba-tiba sahaja, Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang bernilai RM11.00 setiap bulan.

Selama 11 kali pilihanraya umum dan ditadbir oleh 14 orang Menteri Besar bermula daripada Hamzah Abdullah pada tahun 1949 sehinggalah kepada Menteri Besar ‘penghadiah penyapu’ Datuk Seri Mohd Khir Toyo sebelum PRU ke-12 yang lalu pada tahun 2008, rakyat Selangor tidak pernah bermimpi untuk diberikan air percuma.

Kini selepas penggal kedua, kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, sekali lagi rakyat Selangor merasa beruntung.  Ini kerana walaupun Barisan Nasional gagal merebut negeri termaju ini, biarpun  dengan perbelanjaan jutaan ringgit, slogan maut Sayangi Selangor, Yakini BN kini dihadiahkan pula dengan ‘pemantauan rapi’ oleh Menteri Besar BN Selangor – Datuk Seri Noh Omar.

Datuk Seri Noh Omar yang tidak terpilih menganggotai kabinet walaupun berjaya menambah majoriti kemenangannya, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS).

Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) khabarnya dianggotai oleh 12 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dan 3 orang Ahli Parlimen daripada BN, yang dilantik sebagai pengerusi penyelaras pelaksanaan program dan projek Kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Antara lain fungsi dan tugas mereka adalah membantu 44 Jabatan termasuk agensi Kerajaan Persekutuan demi memastikan setiap projek serta program pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat sampai kepada rakyat Selangor dan memberikan manfaat kepada pembangunan negeri ini.

Pada tahun ini, khabarnya Kerajaan Persekutuan menyalurkan sebanyak RM2.8 billion untuk negeri Selangor menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) berbanding hanya lebih kurang 22.6% peratus daripada jumlah tersebut oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Nampaknya, penduduk Selangor sekali lagi beruntung apabila BN dan UMNO Selangor memberikan tumpuan kepada rakyat Selangor supaya kebajikan mereka lebih terjaga.  Namun begitu usaha Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) sebenarnya memberikan kelebihan kepada Kerajaan Negeri Selangor  di bawah Pakatan Pembangkang kerana selain daripada menumpukan usaha membangunkan negeri  dan terus melakukan kerja-kerja lain bagi memastikan Selangor terus kekal di bawah mereka.

Selepas usaha keras Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), tentulah rakyat Selangor akan bertanya perlu apa lagi kerajaan BN diberikan mandat untuk memerintah Selangor kerana mereka rupanya lebih cekap sebagai pembangkang dalam melaksanakan ‘check and balance’.

Yang tidak menariknya adalah khabarnya Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) di bawah Datuk Seri Noh Omar pada masa ini akan menumpukan kepada projek dan program pembangunan Kerajaan Pusat di 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh BN termasuk melaksanakan janji-janji yang dibuat oleh wakil rakyat yang memenangi kawasan tersebut pada pilihanraya umum yang lalu.

Dengan kenyataan dan pendirian semacam itu, tentulah dapat diagak siapakah bakal meneruskan pentadbiran di Negeri Selangor selepas PRU ke-14 nanti! Selamat meneka!



Share this article :
 

+ komen + 3 komen

sarip dol
21 Ogos 2013 4:13 PTG

sepatutnya pun..tp kempunan..

Tanpa Nama
21 Ogos 2013 9:54 PTG

sian NO bnyk berkorban utk rakyat selangor..

22 Ogos 2013 9:00 PG

Saya teka..lepas PRU 14..Selangor kekal Tan Sri Khalid Ibrahim sbg MB...NO pun kekal Menteri Besar BN Selangor...spt Tn Ks kata BN mmg bagus sbg pembangkang utk 'check n balance'..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger