MASA DEPAN AKU, ENGKAU & SAYA

Ketika parti terbesar Cina dalam gabungan Barisan Nasional meminta Kerajaan menangguhkan sistem penguatkuasaan automatik (AES) sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, Kerajaan akur walaupun sebabnya tidak dinyatakan.

Namun siapapun yang mengikuti perkembangan politik di negara ini, pasti tahu mengapa Kerajaan bersedia menangguhkan pelaksanaan sistem yang mendapat tentangan hebat ramai rakyat Malaysia.  Ini kerana dikhuatiri pelaksanaannya akan memberikan impak negatif dalam kepada BN dalam pilihanraya umum yang lalu.

Kini hampir tiga bulan selepas pilihanraya umum yang menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang prestasi pilihanraya sulongnya antara yang paling teruk dan dengan ketiadaan Menteri Pengangkutan, khabarnya keputusan mengenai AES akan diumumkan selepas sambutan Aidil Fitri.

Sehingga 11 Jun yang lalu, sebanyak 673,339 saman telah dikeluarkan dan Kerajaan juga telah membuat bayaran sebanyak RM13,550,758 sebagai bayaran yuran perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia AES.

Yang menjadi persoalannya adakah Kerajaan membayar berdasarkan bilangan saman yang dikeluarkan atau saman yang dijelaskan oleh orang kena saman?  Apakah peratus pembahagiaannya?  

Juga dikhabarkan bahawa kini syarikat-syarikat pengendali sistem AES sedang berhadapan dengan tindakan oleh pembiaya seperti bank kerana gagal mematuhi jadual pembayaran yang dipersetujui.

Siapa pun dalam kewarasan fikiran hatta seorang pemandu yang benar-banar berhemah sekalipun, amat yakin tidak akan menyokong sistem ‘rompakan’ seperti AES yang memberikan peluang menahan lukah untuk merompak rakyat Malaysia.  

Seperti dinyatakan bahawa walaupun banyak negara yang menggunakan sistem AES, namun tidak dikhabarkan atau diketahui mana-mana negara yang menswastakan pengendaliannya kepada pihak ketiga.

Apabila Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan membuat pengumuman bahawa keputusan mengenai pelaksanaan sistem AES akan dibuat selepas sambutan Aidil Fitri, hanya ada beberapa kemungkinan iaitu meneruskan sistem dengan perjanjian sedia ada, memansuhkan perjanjian, mengkaji semula serta mengambilalih keseluruhan sistem ini dengan tiada langsung penglibatan pihak swasta.

Jika sistem AES dilaksanakan kononnya dengan niat yang murni iaitu untuk membendung peningkatan statatistik kemalangan di negara ini, maka ini adalah kesilapan yang paling besar.  Adalah lebih ‘manis’ jika Kerajaan berterus terang dengan mengatakan bahawa sistem AES adalah satu anugerah kepada ‘kroni’ atau satu lagi perkongsian pintar AKU, ENGKAU & SAYA!


Walauapapun tujuan yang dinyatakan mengenai sistem AES, sebenarnya ia bukanlah satu penyelesaiaan mutlak oleh Kerajaan untuk mengurangkan atau mendisiplinkan para pemandu di Malaysia.  Adakah Kerajaan mempunyai keberanian untuk memansuhkan atau mengambilalih sepenuhnya keseluruhan sistem AES tanpa implikasi kewangan yang membebankan Kerajaan.  Sama-sama kita lihat siapa yang kena?
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
3 Ogos 2013 5:22 PTG

rompakan zaman moden model bn

5 Ogos 2013 8:33 PG

btul kata tn, AES hanya utk bagi mkn kroni...setiap saman yg dikenakan pun lebih menang pada sykt swasta..tp kalau saman tidak dibyr sapa nak tanggung?..dgrnye kerajaan yg kena tanggung melalui ak amanah...adake patut???

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger