BERALIH KE KIRI KE, PAK LAH?

Jika dalam dunia akhbar, akhbar-akhbar arus perdana adalah akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, The New Straits Times dan sebagainya, manakala akhbar lain seperti Harakah dan Suara Keadilan pula dianggap sebagai berhaluan kiri kerana fungsi mereka sebagai lidah atau organ parti.

Dalam industri buku pula, jika penerbitnya adalah Dewan Bahasa & Pustaka, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) malah penerbit swasta seperti MPH, PTS dan Karangkraf   adalah yang dianggap sebagai penerbit arus perdana, manakala penerbit seperti Strategic Information and Research Development (SIRD) dianggap sebagai penerbit ‘kiri’ kerana judul-judul mereka yang agak ‘kontroversial’. 

Begitu juga apabila buku yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini, Awakening: The Abdullah Years in Malaysia yang diterbitkan oleh SIRD.  Apa yang lebih menarik buku setebal 620 halaman ini bukanlah buku memoir Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, tetapi lebih kepada himpunan tulisan dan pandangan orang lain mengenai beliau.

Buku ini khabarnya hanya mempunyai satu bab yang berupa temuramah yang disunting dan dimuatkan sebagai salah satu bab dalam buku ini. Buku ini memuatkan tulisan sumbangan 33 penulis yang memperkatakan tentang Pak Lah dan pentadbirannya ketika menjadi Perdana Menteri dari tahun  2003 hingga 2009.

Apa yang lebih menarik lagi, ialah apabila buku Pak Lah ini bakal dilancarkan oleh Ahli Parlimen dua penggal Lembah Pantai,  Nurul Izzah Anwar yang merupakan anak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Pelancaran oleh YB Nurul Izzah akan dilakukan di Singapura dan dijangka pada penghujung bulan ini.

Pak Lah selepas menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri ke-5 pada 31 Oktober 2003 juga  dianggap bertanggungjawab terhadap pembebasan Anwar Ibrahim pada September 2004.  Malah dikhabarkan bahawa menantu beliau, Khairy Jamaluddin telah diarah untuk membantu Anwar Ibrahim dalam urusan berkaitan passport antarabangsanya.

Kini, selepas 4 tahun meninggalkan kerusi Perdana Menteri, Pak Lah kembali mengocak iklim politik Malaysia melalui terbitan buku beliau.  Buku ini dikhabarkan memberikan label baru kepada mantan Perdana Menteri sebelum Pak Lah, Dr. Mahathir sebagai ‘lelaki penuh kontradiksi’.

Lewat buku Awakening: The Abdullah Years in Malaysia Pak Lah juga menjelaskan masalah ‘tidur’ beliau yang sebenarnya adalah berpunca daripada penyakit sleep apnea

Sebagai seorang mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tentulah segala tindak tanduk Pak Lah akan senitasa dilihat, malah dengan menjelangnya persidangan UMNO tidak lama lagi, penerbitan buku ini tentulah sedikit sebanyak akan menjadi sebutan.

Pak Lah, juga tentulah tidak boleh berselindung atas nama penerbit atau editor buku ini kerana segala apa yang diucapkan dan dinyatakan dalam buku tersebut tentulah dilihat sebagai gambaran dan manifestasi beliau.

Adakah Pak Lah telah beralih ke kiri?  Jika benar atau tidak, Pak Lah sepatutnya memberikan penjelasan dan kefahaman sewajarnya khususnya kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara.


Walauapapun, Awakening: The Abdullah Years in Malaysia bakal mencetuskan polemiknya sendiri apabila pelbagai ‘cerita baru’ mengenai personaliti politik negara dicatatkan dalamnya.  Seperti orang lain, saya juga masih menanti naskhah ini berada di pasaran untuk mengulitnya.
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

13 Ogos 2013 8:50 PG

masa ura2 Pak Lah nak jadi PM dulu tu pun byk sosek2 kedengaran...Pak Lah kwn Anwar pasti dia akan bebaskan Anwar...mmg sah apa yg jadi...tp kan kenapa sekarang baru nak diungkit semua itu..seolah2 nak ungkit cerita basi dan utk mengusik jiwa2 yg dah tenang.. ada udang disebalik batu buku itu diterbitkan..tp nak baca jugak..nak tahu apa yg diceritakan..

Tanpa Nama
14 Ogos 2013 12:53 PTG

sian pak lak diperlekeh cam tu oleh editor ..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger