CATATAN SEORANG DEMONSTRAN

Pedulilah jika saya tidak pernah berdemonstrasi atau menyertai mana-mana acara demonstrasi di negara kita.  Mungkin tidak semua orang mempunyai kecenderungan untuk berdemonstrasi, walaupun ada yang akan menganggap mereka yang tidak menyertai demonstrasi sebagai tidak cukup ‘jantan’.  Itu adalah tafsiran masing-masing.

Namun mungkin penglibatan secara tidak langsung sebagai blogger, saya ditanyakan seorang rakan sama ada mahu memiliki buku ‘Catatan Seorang Demonstran’ nukilan Soe Hok Gie, seperti orang disorongkan bantal, saya segera megiyakan dengan harga RM60.00.

Soe Hok Gie dilahirkan pada 17 Disember 1942, lahir dan membesar dalam lingkungan ‘Cina’ Jakarta. Gie yang merupakan seorang mahasiswa Fakulti Sejarah di Universiti Indonesia adalah seorang aktivis yang merupakan pengasas kumpulan pencinta alam di Universiti Indonesia yang antara lain aktiviti mereka adalah mendaki gunung.

Buku ‘Catatan Seorang Demonstran’ terbitan pertama kali pada tahun pada 1983 jauh sebelum aktiviti berdemonstrasi menjadi hiasan akhbar di Malaysia pada ketika itu, sebenarnya diangkat daripada catatan harian dan tulisan-tulisan penulisnya di akhbar, yang kelihatannya seperti seorang yang sangat ‘restless’ dan ‘loner’

"Akhir-akhir ini saya selalu berpikir, apa gunanya semua yang saya lakukan ini. Saya menulis, melakukan kritik kepada banyak orang yang saya anggap tidak benar dan yang sejenisnya lagi. Makin lama, makin banyak musuh saya dan makin sedikit orang yang mengerti saya. Dan kritik-kritik saya tidak mengubah keadaan. Jadi apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya ingin menolong rakyat kecil yang tertindas, tapi kalau keadaan tidak berubah, apa gunanya kritik-kritik saya? Kadang-kadang saya merasa sungguh-sungguh kesepian"

Buku ini sarat pemikiran Gie sebagai  seorang mahasiswa dan rakyat Indonesia yang sayangkan bangsanya.  Kehidupan rakyat Indonesia pada tahun-tahun 60an di waktu pemerintahan Sukarno merupakan antara intipati dalam Catatan Seorang Demonstran.

Fasa terpenting dalam kehidupan Soe Hok Gie sebagai demonstran yang dimulai dengan ‘rebel’ nya ketika gurunya menurunkan markah daripada yang terbaik kepada ketiga terbaik dalam kelasnya.

“Aku percaya setidak-tidaknya aku yang terpandai dalam Ilmu Bumi dari seluruh kelas.  Dendam yang disimpan, lalu turun ke hati, mengeras sebagai batu”

Soe Hok Gie sejak remajanya telah membenci dan menentang ketidakadilan di sekelilingnya. 

Malah sebagai mahasiswa dan berjiwa muda, Soe Hok Gie tidak dapat lari daripada runtunan jiwa mudanya, bercinta dan dicintai walau tidak satu pun daripada rakan wanitanya menjadi intim dan menjadi kekasihnya.  Kehidupan mahasiswanya seolah-olah lengkap dengan pelbagai insiden, daripada berparti, berpuisi, filem, politik dan masalah remeh teman-temannya, malah sesekali hanyut dalam keintiman lelaki wanita dan filem biru!

Kisah hidup Soe Hok Gie lewat Catatan Seorang Demonstran telah diadaptasi ke layar perak melalui filem ‘Gie’ arahan Riri Reza pada tahun 1985. Filem ini memenangi tiga anugerah di Festival Filem Indonesia pada tahun 1985, antaranya Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Nicholas Saputra) dan Sinematografi Terbaik oleh Yudi Datau.

Soe Hok Gie yang gemar menyimpan catatan hariannya sejak di zaman kecil sehingga beliau meninggal dunia pada 16 Disember 1969 pada usia 27 tahun akibat  terhidu asap beracun ketika berekspedisi ke Gunung Semeru, adalah seolah-olah   seorang pencatat di zamannya.

Membaca Catatan Seorang Demonstran seperti ada yang tertinggal kerana ada catatan yang ditiadakan atas alasan yang tidak dinyatakan secara khusus tetapi sebagai ‘hilang’ kerana jarak masanya yang lama daripada manuskrip ‘cuba terbit’ dan manuskrip akhirnya.

Soe Hok Gie yang idelis, jujur dan berani lewat catatan harian, tulisan-tulisan yang dihantar ke pelbagai penerbitan mempunyai pengikut dan pengkagumnya tersendiri malah ulasan-ulasan dalam seminar dan Radio Universiti Indonesia dikuti oleh ramai golongan muda Indonesia ketika itu.

Catatan Seorang Demonstran sekurang-kurangnya akan meletakkan jurang yang besar antara seorang yang berfikir untuk melakukan dan yang benar-benar in action seperti Soe Hok Gie!


Share this article :
 

+ komen + 1 komen

Tanpa Nama
9 Ogos 2013 12:40 PTG

insyallah akan cari CSD..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger