INI BUKAN SOAL DUIT!

Ramai mungkin terkejut dengan reaksi, Perdana Menteri mengenai tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan melantik  dan menyenaraikan anak beliau sebagai Pegawai Khas untuk membantu tugas-tugas beliau.

Sebagai seorang Menteri hatta Perdana Menteri sendiri memang  mempunyai hak untuk memilih, melantik dan memberikan tugasan kepada siapa sahaja berlandaskan peraturan-peraturan sedia ada.

Namun, apabila Menteri Pelancongan & Kebudayaan, Datuk Seri Nazri  melantik dan menyenaraikan anak beliau sebagai salah seorang Pegawai Khas, ramai yang terkejut dengan tindakan ini.

Mungkin, Perdana Menteri atau Datuk Seri Nazri sendiri lupa bagaimana ramai kalangan rakyat Malaysia yang tidak begitu senang apabila Pak Lah melantik Khairy Jamaluddin untuk berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri, walaupun Menteri dikhabarkan mempunyai hak, tetapi sebagai seorang Menteri tentulah tindakan seperti ini dianggap ‘tidak manis’.

Apabila Perdana Menteri sendiri memberikan reaksi "Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan, Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan”.

Nampaknya, Perdana Menteri sendiri sudah memberikan reaksi, namun apa yang tidak disedari oleh beliau adalah pelantikan dan penyenaraian anak Menteri dalam Kementerian yang diberikan amanah oleh rakyat, tidak terhad kepada hanya sama ada gaji dan elaun tersebut dibayar oleh Kerajaan atau daripada wang poket si Menteri itu sendiri.

Persoalan yang lebih besar adalah ‘akses’ kepada kerahsiaan dan perjalanan sebuah kementerian.  Dengan reaksi seperti ini oleh seorang Perdana Menteri, ia sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat, bagaimana seorang ‘ahli keluarga’ yang kononnya berkhidmat secara sukarela mempunyai akses kepada Menteri sebuah kementerian selagi sipolan atau sipolan itu tidak dibayar dengan duit kerajaan.

Menteri yang dikhabarkan pula mengaku beliau seorang peguam dan tahu lunas-lunas undang-undang, namun apa yang gagal disedari oleh beliau, selain daripada undang-undang yang ternaktub adalah dan amalan, etika, adab dan peraturan-peraturan tidak ‘bertulis’ yang melengkapkan siasah sebagai seorang insan! 

Adakah dengan reaksi seperti ini, Perdana Menteri menghantar isyarat supaya lebih ramai menteri mengambil ahli keluarga mereka untuk membantu “selagi ianya tidak rasmi dan yang lebih penting, tidak melibatkan wang kerajaan”!


Menteri yang berkenaan seharusnya mencermin diri dan anak beliau sama ada benar-benar layak untuk diberikan perlantikan sebagai Pegawai Khas.   Adakah Perdana Menteri sedar, ini bukan lagi persoalan siapa yang dibayar melalui duit Kerajaan tetapi siapakah dilantik sebagai apa!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
payah ada menteri x paham bahasa..
Tanpa Nama berkata…
akhirnya pm sedar diperlkehkan oleh menterinya..
barajiwa berkata…
Sdr Nasser,

Fenomena 'anak menantu dan juga isteri' sebagai ahli pasukan dalam kerajaan bukan hanya khusus untuk perhatian Kerajaan 1Malaysia semata-mata. Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR), calon Sang Pemerintah itu juga elok teliti, termasuk misalnya isu-isu disiplinnya. Ini bermakna SEMUA isu disiplin, termasuk yang melibatkan anak, menantu dan isteri mestilah diURUS dengan saksama kerana tindakan seperti mendiamkan diri atau menyapu di bawah tikar membuat rakyat (termasuk yang bukan ahli parti yang akan mengundi) hilang kepercayaan. Maknanya disiplin MESTILAH DIURUS, bukan dengan mendiamkannya seolah-olah rakyat lupa. Percayalah rakyat tak pernah lupa!


Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?