BERAKHIR RAMADHAN, SALAM AIDIL FITRI


Selepas berbuka puasa hari ini akan berlabuhlah Ramadhan 1434H, menjelang pula 1 Syawal Hari Raya Aidil Fitri.  Ramadhan yang merupakan bulan tunggal yang disebut di dalam Kitab Allah SWT, Al-Quran menjanjikan pelbagai nikmat dan anugerah Allah SWT. 

Pelbagai insiden tercetus ketika Ramadhan pada tahun ini, umat Islam diuji dengan pelbagai ujian dunia dan akhirat.  Kisah blogger Alvin dan Vivien dengan ucapan selamat berpuasa dan bak kut teh halal merobek hati umat Islam di Malaysia yang dianggap penghinaan kepada mereka.

Walaupun kini merekatelah dibebaskan sementara menunggu tarikh perbicaraan, namun ramai berpendapat menyumbat mereka ke penjara sementara menunggu tarikh perbicaraan dianggap ‘berlebih-lebihan’ namun demi keharmonian agamadan kaum di Malaysia mungkin hakim mempunyai asas dan pertimbangan sendiri.  Kini ibu blogger Alvin puladipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Selepas reda daripada insiden Alvian & Vivien, timbul pula insiden ‘mewudhukan anjing’ dengan iringan lagu dan takbir raya.  Timbalan Perdana Menteri dengan segera memberi amaran ‘selimut’ kepada semua mereka yang mempersenda dan menghina umat Islam di Malaysia, akhirnya bila diketahui kebenarannya bahawa subjek yang terlibat adalah seorang wanita Islam.

Walaupun paparan ini telah berusia lebih tiga tahun, namun banyak pihak yang merasakan kurang senang dengan perlakuan wanita Melayu dan Islam dalam paparan ini. PihakJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula memberikan pandangan setelah diminta oleh SKMM.  Namun pandangan JAKIM ini dibantah oleh dua orang peguam yang  mewakili wanita tersebut.

Soalnya, walaupun JAKIM tidak mempunyai kuasa perundangan seperti yang didakwa oleh peguam, namun sebagai badan yang diberi amanah tentulah dalam bidang kuasa JAKIM untuk memanggil dan memberikan nasihat apatah lagi melibatkan si pelaku beragama Islam.

Sebenarnya isu anjing dan umat Islam di Malaysia perlukan satu penjelasan yang konkrit dan tegas, ini kerana umat Islam membuat pelbagai tafsiran dan ‘menghalalkan cara’ mengenai urusan sama ada menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan mahupun sebagai satu usaha menyelamatkan anjing terbiar seperti yang dilakukan oleh Maznah Yusuf atau ‘Chetz’.

Di Kedah pula terdapat pasangan Islam, Pak Mie dan Mak Intan yang dikhabarkan membela dan menjaga ratusan anjing dan kucing di kediaman mereka, malah terdapat pula gambar yang menunjukkan pasangan ini memeluk anjing yang dikategorikan sebagai najis mughallazah. Paparan mengenai pasangan ini tersebar luas, malah tersiar juga di majalah Mastika baru-baru ini.

Jika pihak-pihak yang berwajib mengenai agama tidak melakukkan sesuatu atau memberikan penjelasan sewajarnya dikhuatiri akan dianggap memelihara anjing sebagai sesuatu yang lumrah.

Tidak cukup dengan itu, artis beragama Islam juga dikhabarkan memelihara dan bermesra dengan anjing seperti tidak rasa bersalah, walaupun memelihara anjing bukanlah merupakan satu kesalahan namun dengan status anjing sebagai ‘najis mughallazah’ pihak-pihak berwajib wajar memberikan penjelasan dan kefahaman berdasarkan mazhab yang dipraktikkan di negara ini.

Ramadhan tahun ini bakal berakhir, mampukah kita menemui Ramadhan akan datang adalah urusan Allah SWT, pemergian Ramadhan ditangisi, Syawal dinanti. Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin!

(Nota Kaki: Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini, maaf dipinta sekiranya terdapat entri yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, sesungguhnya segala entri di dalam blog ini adalah pandangan peribadi pemiliknya, harap maklum).

Ulasan

anep berkata…
salam aidil fitri maaaf zahir batin juga..tn ks..
sarip dol berkata…
selamat hr raya maaf zahir batin utk tuan sekeluarga..
Tanpa Nama berkata…
selamnat hari raya aidil fitri harap teruskan tulisan menyakat..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?