ALAH MACAM TAK BIASA AJE?

Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga merupakan mantan Menteri kini diberkan amanah baru sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selepas kekecewaan regu beliau, Perdana Menteri dan mantan Ahli Parlimen Sepang yang gagal merebut Selangor negeri termaju di Malaysia.

Walaupun dengan slogan dan dana yang besar ‘Sayangi Selangor, Yakini BN’ namun Barisan Nasional gagal merebut Selangor malah, Datuk Seri Zin Mohamed yang merupakan Ahli Parlimen Sepang dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor gagal dalam usaha mempertahankan kerusi parlimennya.

Walaupun tidak terpilih sebagai anggota kabinet dalam barisan yang diketuai oleh Perdana Menteri, namun tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO adalah satu amanah dan tanggungjawab yang kanan dalam hireaki parti.

Sebagai Pengerusi, Datuk Seri Noh Omar berperanan memastikan kesinambungan dan kejayaan UMNO di negeri Selangor.  Justeru beberapa ketika selepas perlantikan, beliau menyarankan agar ibu bapa yang menyebarkan gambar ‘makan dalam bilik persalinan’ disiasat polis di bawah Akta Hasutan, sesuatu yang saya fikir wajar kerana penyebaran seperti ini dikhuatiri mempunyai agenda hasutan jika tidak dibendung sewajarnya.

Semalam pula, mantan Menteri  yang baru diberi kerusi dan ‘talian hayat’ sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor membidas  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwa menyampaikan ucapan Hari Raya bersifat politik dengan penyataan pembangunan kawasan di luar bandar negeri Selangor masih tidak memuaskan.

Antara lain Menteri Besar mengungkapkan 

“Antara usaha yang mahu kita laksanakan dalam masa terdekat ini adalah memperkasakan pembangunan kampung-kampung tradisi dan baru di seluruh negeri Selangor.  Walaupun sudah 55 tahun merdeka, dan beberapa kementerian diwujudkan khususnya untuk pembangunan luar bandar, namun nampaknya pembangunan kawasan luar bandar di sembilan daerah di negeri Selangor ternyata masih jauh dari memuaskan."

Mungkin dan memang sepatutnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar melenting dengan ucapan yang didakwanya berbaur politik, tetapi mungkin beliau sudah lupa bagaimana ahli-ahli politik Selangor termasuk Perdana Menteri dalam hampir semua keadaan menyelitkan ‘ingatan politik’ dalam ucapan mereka, tidak kiralah ketika sambutan Aidil Fitri, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali!

Sebagai seorang ketua negeri, tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim menyentuh tentang pembangunan kawasan luar bandar di Selangor bukanlah sesuatu yang jelek apatah lagi diucapkan dalam suasana sambutan Hari Raya.  Ia seharusnya dilihat sebagai satu iltizam dan janji yang lebih kepada komitmen kepada warga luar bandar di Selangor.

Adakah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu, takut dengan komitmen Kerajaan Negeri Selangor terhadap warga luar bandar yang akhirnya dikhuatiri akan menolak BN dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. 

Apakah pada tanggapan beliau, kawasan luar bandar di negeri Selangor telah benar-benar ‘maju’ dalam ertikata yang sebenarnya, siapa dan apa yang cuba diselindungkan oleh beliau.  Apakah beliau beranggapan bahawa pembangunan kawasan luar bandar di Selangor telah  ‘selesai’ sehingga pengujung 2007?

Menyentuh isu-isu remeh seperti ini bukanlah sesuatu yang membanggakan, apatah lagi dengan tanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya mempelopori usaha yang lebih mantap untuk memenangi hati warga Selangor dan seharusnya belajar daripada kesilapan lalu yang memberikan tindak balas negatif akibat tindakan menghentam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.


Menyelitkan ‘ingatan politik’ dalam ucapan Hari Raya, what goes around comes around, alah macam tak biasa aja Datuk Seri!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
melayu mudah lupa..
Tanpa Nama berkata…
dasar mentaliti ameno dia buat boleh org lain x buleh..
SIS berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SIS berkata…
cuba nak tunjuk baik...satu jari tunjuk kat org lain 4 jari lagi tunjuk diri sendiri..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?