LEMBU UDANG, UNDANG LEMBU, LEMBUT UNDANG, MENTERI MERAPU!


Beberapa bulan yang lalu, Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri setelah dikaitkan dengan isu NFC yang diterajui oleh suaminya.  Walaupun menteri wanita tersebut bermati-matian menafikan mengetahui mengenai penglibatan suami dan anak-anaknya di dalam projek lembu fidlot Kerajaan.


Malah NFC juga mendapat pinjaman mudah sebanyak RM250 juta ringgit bagi melaksanakan projek NFC.  Selain menternak lembu, NFC juga mengunakan pinjaman yang khusus diberikan untuk projek lembu dengan melaburkan di dalam sektor hartanah dengan membeli beberapa unit kondominium kononnya sebagai pelaburan.

Kini pecah pula berita kononnya Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dikatakan terlibat di dalam satu perusahaan kolam penternakan udang di TanjungKarang.  Mengikut Menteri tersebut,beliau hanyalah seorang tuan empunya tanah yang disewakan kepada sebuah syarikat penternakan udang dengan sewaan tahunan minimum sebanyak RM25,200 setahun.

Tanah milik Datuk Noh Omar seluas 30 ekar adalah sebahagian daripada 100 ekar keseluruhan projek kolam ternakan udang tersebut. Jika diambil kira sewaan tersebut hanyalah bernilai RM70 bagi setiap ekar setiap bulan.  Adalah tidak logik bagi seorang yang memiliki tanah seluas itu menyewakan dengan kadar serendah RM70 seekar bagi setiap bulan.

Sebagai seorang Menteri yang terlibat dalam sektor pertanian, adalah tidak manis bagi beliau menceburkan diri dalam sektor yang sama bagi megelakkan konflik kepentingan awam.  Namun apabila mula pecah berita, beliau memberikan pelbagai alasan dan akhirnya mengaku bahawa beliau menyewakan tanahnya kepada projek kolam ternakan udang.

Ironinya menteri wanita yang menawarkan diri melepaskan jawatan kabinetnya susulan penglibatan suaminya dalam skandal NFC yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada tahun lepas, sehingga kini masih mempertahankan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai penglibatan suami dan anak-anaknya yang membida, berjaya dan mengendalikan NFC!

Adakah menteri wanita yang melepaskan jawatan dan Datuk Noh Omar potret ‘winnable candidates’  pilihan Perdana Menteri.  Jika Datuk Noh Omar secara terang-terang mengaku sebagai tuan tanah dan kemudiannya dibuktikan melalui pendedahan dokumen sebagai rakan ‘usahasama’ projek kolam ternakan udang, terpilih sebagai calon dalam PRU 13, maka kita akan tertanya-tanya mungkin inilah agaknya kriteria yang ditetapkan sebagai ‘winnable candidates’.




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
agak2 la nak kelentong pun..
ct berkata…
adakah winnable candidate dalam bee end..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?