SALAM MERDEKA, MARI KITA MEMERIKSA JATI DIRI



Yang Arif …

Selepas 55 Tahun negara mencapai kemerdekaan, dan selepas empat dekad disapa nafas merdeka juga selepas dua dekad faham dan turut merasainya, inilah kali pertama saya merasa amat jengkel untuk merayakan merdeka.  Benar, tidak seperti tahun-tahun lepas saya benar-benar merasa jengkel.  Yang pertama dengan tema ‘kitar semula’ yang telah lebih awal digunakan oleh gabungan parti politik.  Yang kedua ialah kerana logo ‘asaljadi’ yang mengiring sambutan pada tahun ini.

Maka apabila, tema ‘kitar semula’ diputuskan untuk dipakai, saya telah melihat bagaimana mentaliti dan intelek rakyat Malaysia telah diletakkan di bawah telapak kasut, oleh para pemimpin syok sendiri. Para pemimpin syok sendiri pula kemudiannya menggubah lagu untuk mengiringi tema ‘kitar semula’ itu, namun akhirnya dikatakan lagu tersebut menyamai lagu gereja.

Selepas beberapa ketika, negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di Selangor, Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang memutuskan untuk menggunakan tema yang berasingan yang lebih keterampilan daripada tema ‘kitar semula’ kerajaan yang memualkan.   Tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ dipilih sebagai tema kemerdekaan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kemuncak daripada kemualan kepada tema ‘kitar semula’ dan logo ‘asal jadi’ yang amatur sifatnya, lebih 48 badan bukan kerajaan bersetuju untuk hadir memeriahkan sambutan malam ambang kemerdekaan sama seperti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, bezanya hanya ditambah dengan pakaian berwarna kuning sebagai simbol ‘Janji Demokrasi’.

Walaupun perhimpunan secara aman dibenarkan dan termaktub di dalam perlembagaan namun menjelang sambutan ambang merdeka, tiba-tiba polis mengatakan bahawa perhimpunan sambutan ambang merdeka oleh Gabungan Janji Demokrasi adalah haram.  Soalnya sejak bila menyambut merdeka pada malam ambang kemerdekaan memerlukan kebenaran oleh pihak polis.

Selain itu, sambutan iringan di Stadium Bukit Jalil pada sebelah petangnya yang khabarnya menjangkakan kehadiran lebih 200,000 orang dalam  stadium berkapasiti 90,000 orang menawarkan pelbagai hadiah sebagai imbuhan dan tarikan untuk hadir meraikan merdeka selepas lebih setengah abad.  Adakah jati diri kita di tahap yang begitu teruk sehingga rakyat perlu ‘disogok’ dengan cabutan bertuah untuk hadir meraikan sebuah kemerdekaan.

Jika inilah pendekatan dan kaedah yang digunapakai oleh Kerajaan Barisan Nasional, seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan para pemimpin Kerajaan kita yang kelihatannya tidak begitu kreatif dan merasa amat takut dengan laungan Janji Demokrasi walaupun sebelum ini Menteri Dalam Negeri dikhabarkan menyatakan bahawa beliau yakin Gabungan Janji Demokrasi tidak mungkin menarik minat peserta yang ramai.

Dengan segala-gala yang menjengkelkan daripada tema ‘kitar semula’ dan logo ‘asal jadi’ bagi sambutan  Hari Kemerdekaan ke-55, saya memutuskan untuk tidak meraikan, kerana merasakan kekangan oleh penguasa terhadap kebebasan rakyat berhimpun secara aman dinafikan dengan taktik yang  paling licik dan alasan yang tidak masuk akal.  Saya memohon setiap dari kita termasuk Yang Arif memeriksa jati diri kita, supaya kita benar-benar merdeka jiwa dan minda sebagai manusia merdeka.

Sekian,hujah-hujah saya Yang Arif…

Ulasan

anep berkata…
saya juga merasa jengkel..
Tanpa Nama berkata…
mngkin selepas ini sambutan merdeka kena juga wat cabutan bertuah hihihi..
SIS berkata…
memerdekakan diri dan minda dari dijajah oleh manusia adalah merdeka yg sejati...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?