HARI ‘INTERNET BLACKOUT DAY’ – 14 OGOS 2012


Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ) sebuah pertubuhan bukan bersifat keuntungan yang mengunjurkan masyarakat yang demokratik, adil dan bebas di mana semua rakyat boleh menikmati media yang bebas, kebebasan bersuara, mencari dan menghebahkan maklumat.
 
Sebagai satu usaha memperkasa kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang telah dipinda baru-baru ini, CIJ akan mengadakan hari ‘Internet Blackout’ yang akan diadakan pada 14 Ogos 2012.  Hari Internet Blackout Day diharapkan akan memberikan pendedahan dan maklumat kepada pengguna internet tentang impak negatif aspek perundangan Seksyen 114A yang dipinda.  Usaha ini juga telah dilaksanakan di New Zealand dan Amerika Syarikat bagi menyokong kebebasan internet.

Usaha ini dilakukan bagi mendesak kerajaan untuk menarik semula  pindaan ini bersama beberapa lagi akta yang telah dilaksanakan secara tergesa-gesa pada bulan April yang lalu.

Pindaan pada Seksyen 114A meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.  Ini bertentangan dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Walaupun tujuan pindaan ini seperti mahu memperkasa perundangan sedia ada khususnya yang berkaitan dengan jenayah siber, namun pendekatan yang digunapakai amat bertentangan dengan prinsip asas keadilan.  Ia seolah-olah bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pandangan dan pendapat mereka melalui ruang maya.  Bukankah pendekatan seperti ini mengancam kebebasan internet yang diuar-uarkan oleh Kerajaan ‘Janji Ditepati’ ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia dahulu.

Dengan perkembangan pesat dunia maya dan digital, kebebasan bersuara serta keperluan menyatakan pendirian merupakan tunjang sebuah demokrasi yang ampuh.

Amat jelas sekali pindaan kepada Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 seolah-olah berniat jahat, bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan hala tuju negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

Mungkinkah ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan ‘Janji Ditepati’ mendahulukan rakyat – dakwa dahulu buktikan kemudian!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sokong bro..
wali berkata…
tanda2 akhir bee end..
ain berkata…
cayalah tuan ks menyokonh ..
ain berkata…
cayalah tuan ks menyokonh ..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?