SPEKULASI MH370: SIAPA KETAMNYA?

Ketika tulisan ini dimuatnaik, misteri kehilangan pesawat MH370 telah memasuki hari ke-24, namun tiada satu pun petanda kukuh yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat milik MAS yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Walaupun Perdana Menteri telah membuat kenyataan rasmi bahawa Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.”.

Kenyataan Perdana Menteri pada 25 Mac 2014 yang lalu, bukan sahaja mengundang persoalan bukan sedikit.  Ini adalah kerana walaupun khabarnya disokong oleh data agensi berkaliber seperti Immarsat dan AAIB, namun ia sebenarnya mecetuskan lebih banyak keresahan khususnya kepada anggota keluarga mangsa.   

Perdana Menteri, walaupun mengkhabarkan bahawa penerbangan MH370 berakhir, namun tidak membuat sebarang kesimpulan yang konkrit, sama ada ia terhempas, dirampas atau apa tindakan yang lain.  Ini ditambah pula tidak ada penemuan sebarang objek sehingga saat ini.

Ruang udara maya dan laman sosial pula dipenuhi dengan pelbagai spekulasi, malah ditambah dengan rencah konspirasi yang pelbagai.  Konspirasi pesawat dirampas,  disabotaj, kegagalan teknikal antara sudut yang disiasat setakat ini. 

Kehilangan pesawat MH370 juga membuka lebih banyak ‘pekung’ mengenai aspek keselamatan yang dilihat longgar khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  Apa tidak, antaranya dua orang penumpang dalam MH370 adalah yang menggunakan passport yang dicuri di Thailand. 

Keluarga penumpang pula rata-rata yang ditemui sukar mempercayai sebarang musibah, walaupun hal ini adalah lumrah, namun dengan ketiadaan sebarang bukti dan petanda kukuh tentulah sukar menyakinkan bahawa orang  tersayang mereka telah tiada.

Selain daripada penumpang misteri, pesawat MH370 juga diselubungi dengan kargo yang misteri.  Pada awalnya, dikhabarkan bahawa pesawat MH370 membawa muatan manggis, namun selepas beberapa hari pula dikhabarkan pula ianya membawa bateri ion lithium, seberat 200 kilogram. 

Kenyataan rasmi Perdana Menteri bahawa penerbangan MH370 ‘berakhir di sini’ sebenarnya membuka kepada lebih banyak tafsiran dan intepretasi.  Beberapa hari selepas itu, pemangku Menteri Pengangkutan pula membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri hanya menyatakan ‘berakhir di sini’ dan bukannya mengatakan pesawat tersebut terhempas dan sebagainya.

Apabila kenyataan rasmi seperti oleh Perdana Menteri juga diselubungi pelbagai andaian dan tanda dan mengundang intepretasi yang pelbagai, maka media-media asing khususnya dari Barat terus sahaja mengasak dengan teori mereka pula.  Hal ini adalah disebabkan kenyataan-kenyataan yang tidak konsisten ketika sidang akhbar, dan juga kegagalan melayan soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan khususnya di peringkat awal.

Sungguhpun begitu mudah menuding jari kepada pihak Kerajaan Malaysia, namun menangani krisis seperti kehilangan pesawat MH370 bukanlah sesuatu yang mudah.  Selain berusaha mengesan dan mencari, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab moral khususnya kepada negara-negara di mana rakyat mereka menjadi mangsa.

Walauapapun, ketika kita mendabik dada tentang Koridor Raya Multimedia, spekulasi dan media sosial bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan.  Memberikan respon dan jawapan yang tergantung seperti ‘berakhir di sini’ bukanlah sesuatu yang sewajarnya.

Keluarga mangsa mungkin faham situasi yang sedang berlaku, namun ketelusan dan konsisten dalam memberikan segala macam input dan maklumat adalah tunjang dalam menangani krisis, supaya satu lagi krisis tidak wujud – keyakinan!


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
jib & the be end...
SIS berkata…
PM terpaksa mengumumkan sesuatu yg tidak boleh atau akan menimbulkan huru-hara...mungkin ungkapan 'berakhir disini' adalah sebaik2 ungkapan yg boleh diberi utk menyelamatkan keadaan...kita tidak tahu situasi sebenar yg sedang dihadapi...apa2 pun doa masih dipanjangkan semoga musibah MH370 akan terjawab...positifnya byk perubahan yg berlaku kpd M'sia..KLIA, Jab Imigresen dll lg Jab yg terlibat semakin berhati2 dan rakyat M'sia seolah2 tersedar dr tidur..br menyedari Tuhan Maha Kuasa..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?