CATATAN HUJUNG TAHUN
Kurang 90 minit kita akan melangkah ke tahun 2013, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam tahun 2012, secara peribadi, tahun 2012 adalah tahun yang kurang produktif bagi saya. Hujung tahun 2012, saya akhiri dengan berada jauh dari ibu kota, spesifiknya berada di Sungai Besar, lebih kurang 160 kilometer daripada kediaman saya. Saya bukan sengaja tidak mahu meraikan sambutan tahun baru 2013 di ibu kota. Sejujurnya saya memang tidak pernah meraikan sambutan tahun baharu. Sambutan Tahun Hijrah memang ada diraikan dengan menunaikan solat bersama keluarga di Masjid Negara. Mungkin sambutan Tahun Hijrah tidak semeriah sambutan tahun baharu,maka jalan juga tidak sesesak ketika sambutan tahun baharu masihi, maka itu menjadi sebab saya lebih meraikan sambutan tahun hijrah berbanding tahun masihi. Secara peribadi, memang saya akui saya agak tidak produktif pada tahun 2012, mungkin agak sedikit sibuk dengan urusan-urusan yang tidak bersifat keuntungan...