GENNEVA, SYARIAH & RISIKO POLITIK?

Saya hanya tergelak apabila membaca perihal ‘risiko politik menjelang PRU 13’ apabila sebuah portal berita menggambarkan implikasi tindakan serbuan Bank Negara Malaysia terhadap sebuah syarikat yang terlibat dalam urusan pembelian dan penjualan emas awal bulan ini. Beberapa bulan lalu, seorang teman yang biasa-biasa sahaja sebelum ini, tiba-tiba berubah luar biasa dalam penampilannya. Bayangkan jika sebelum ini, dia dalam sekolah pemikiran yang mengatakan ‘pen yang RM2.00 sama sahaja dengan pen yang berharga RM1200” tiba-tiba sahaja menyamai menggunakan pen yang saya gunakan berharga RM1295 di KLCC pada hari ini. Apabila ditanya, dia tidak ragu-ragu untuk berkongsi dengan saya tentang resepi kejayaannya, melabur dalam emas bersama Genneva, dan kotak kembara saya tiba-tiba melayang ke Geneva, kota global, pusat kewangan dunia dan juga kota diplomasi antara dua bandaraya terpadat di Switzerland. Rupanya sangkaan saya meleset yang dimaksudkan oleh ...