TEST POWER CARA AZALINA?

Ketika Ahli Parlimen P157 Pengerang yang juga mantan Ketua Puteri menyuarakan hasrat akan bertanding jawatan Ketua Wanita, mungkin ramai yang menganggap ianya selaras dengan laungan transformasi Perdana Menteri.

Apa tidaknya, Ketua Wanita yang sedang ‘direhatkan’ ekoran pembabitan keluarganya dalam skandal lembu fidlot dikhabarkan tidak menyenangkan imej Wanita UMNO, walaupun banyak negeri menyatakan sokongan kepada beliau.

Ironinya, Perdana Menteri sendiri seolah-olah merestui tampuk kepimpinan wanita dikekalkan dalam bentuk dan kepimpinan sekarang ini, yang diterajui oleh Datuk Seri Sharizat.  Apa tidaknya, walaupun tidak terpilih sebagai calon dalam PRU yang lepas, namun dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri dengan taraf sebagai menteri.

Dengan anyaman tikar demokrasi yang baru dalam pemilihan UMNO pada kali ini, tentulah mudah untuk Perdana Menteri merestui Sharizat berbanding mengambil risiko daripada muka baru seperti Azalina.

Pemilihan dalam UMNO buat pertama kalinya akan melibatkan lebih ramai ‘penentu nasib’ berbanding hanya sekitar 2500 perwakilan sebelum ini, khabarnya ini adalah satu lagi transformasi dan penjenamaan semula yang dilaungkan dalam UMNO.

Apabila beberapa nama seperti Datuk Sri Azalina dan Datuk Halimah Sadique mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita, ramai yang beranggapan sebagai berpotensi untuk menang.  Namun telahan ini meleset apabila Perdana Menteri seperti menyediakan Sharizat untuk dipilih semula tanpa pertandingan.

Wanita UMNO pula seperti dicucuk hidung berebut-rebut menyatakan sokongan mereka pada pilihan Perdana Menteri ini.  Tentulah amat mudah meneka situasinya, Presiden UMNO memerlukan sokongan wanita untuk terus memaut kuasa Perdana Menteri.  Tambahan pula dengan kemerosotan prestasi BN dalam PRU yang lepas, dan model baru pemilihan UMNO pada kali ini, sokongan wanita amat diperlukan.

Selepas beberapa ketika khabarnya Datuk Sri Azalina menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita dan hanya akan menawarkan diri sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.  Adakah Azalina dipujuk atau pihak-pihak dalaman UMNO benar-benar mahu memastikan kesinambungan kepimpinan Wanita UMNO diterajui oleh Sharizat. 

Mungkin juga Azalina sekadar mahu ‘test power’ dan membiarkan diri untuk ditawarkan imbuhan lain bagi menarik diri dan memberi laluan kepada Sharizat.

Azalina selepas dua kali menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen P157 Pengerang, pada tahun 2004 dan 2008 kini benar-benar teruji apabila memenangi kerusi tersebut apatah lagi dalam arus kebangkitan pembangkang pada PRU yang lalu.


Tentulah ramai penyokong Azalina berharap beliau akan terpilih menganggotai semula kabinet, namun impian ini juga tidak kesampaian.  Mungkin dengan ‘gempak’ bertanding sebagai Ketua Wanita bakal memberikan sesuatu yang boleh memberikan kegembiraan kepada para penyokong Azalina.  

Walauapapun laungan transformasi dalam UMNO belum mampu dibanggakan, namun sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu walaupun tidak dalam Wanita UMNO!

Ulasan

SIS berkata…
lawyer mmg pandai test power...
Tanpa Nama berkata…
cari makan beb...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?