APA KHABAR, MIM?
Hari ini negara menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56 selepas berjaya mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957. Selama 56 tahun, pelbagai kejayaan telah dicapai oleh negara yang memilih untuk membangun mengikut acuannya sendiri. Matlamat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 telah dimaktubkan berasaskan Wawasan 2020. Pelbagai agensi telah diwujudkan bagi melaksanakan dan memastikan agenda Kerajaan dapat dicapai. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang ditubuhkan pada tahun 1981, misalnya adalah satu agensi yang bertanggungjawab secara langsung hal-hal mengenai perfilemen di Malaysia. Industri perfileman (jika pun boleh disebut industri) sama ada filem cereka, dokumentari mahupun iklan adalah antara yang terletak di bawah pengawasan FINAS. Bagi memastikan bahawa filem-filem iklan benar-benar mencermin wajah ‘Malaysia’ dan tidak ‘dijajah’ secara bawah sedar, FINAS telah memperkenalkan Sijil Akuan Iklan Buatan Mal...