SALAM MERDEKA, MARI KITA MEMERIKSA JATI DIRI
Yang Arif … Selepas 55 Tahun negara mencapai kemerdekaan, dan selepas empat dekad disapa nafas merdeka juga selepas dua dekad faham dan turut merasainya, inilah kali pertama saya merasa amat jengkel untuk merayakan merdeka. Benar, tidak seperti tahun-tahun lepas saya benar-benar merasa jengkel. Yang pertama dengan tema ‘kitar semula’ yang telah lebih awal digunakan oleh gabungan parti politik. Yang kedua ialah kerana logo ‘asaljadi’ yang mengiring sambutan pada tahun ini. Maka apabila, tema ‘kitar semula’ diputuskan untuk dipakai, saya telah melihat bagaimana mentaliti dan intelek rakyat Malaysia telah diletakkan di bawah telapak kasut, oleh para pemimpin syok sendiri. Para pemimpin syok sendiri pula kemudiannya menggubah lagu untuk mengiringi tema ‘kitar semula’ itu, namun akhirnya dikatakan lagu tersebut menyamai lagu gereja. Selepas beberapa ketika, negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di Selangor, Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang ...