PLANTER'S TALE


Sejak dahulu kehidupan terpencil dan pedalaman memang mengujakan  saya, bayangkanlah ketika saya bersekolah menengah di Tingkatan Empat, antara rakan-rakan awal saya ialah sekumpulan pelajar berbangsa India yang tinggal di sebuah ladang kelapa sawit dengan nama penjajah.  Walaupun mereka tinggal di estet, namun pencapaian mereka amat membanggakan kerana kesemua mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun sebelumnya, malah mereka sebenarnya mereka melangkah ke Tingkatan Satu   tanpa perlu menghadiri kelas peralihan walaupun mereka belajar di sekolah tamil ini kerana pencapaian subjek Bahasa Melayu mereka amat baik.

Malah seorang daripada teman saya merupakan juara main catur selama tiga tahun berturut di sekolah lamanya, sehinggakan  pada minggu pertama persekolahan saya telah menjadi semacam ‘bookie’ bagi mengatur perlawanan caturnya dengan teman-teman di kelas-kelas lain malah dengan pelajar tingakatan lima juga, ternyata teman saya yang berasal dari estet memang handal dalam permainan caturnya.

Apabila seorang teman menghadiahkan saya buku ‘Planters Tale’ nukilan Mahbob Abdullah, saya menjadi sangat teruja, ini kerana 60 kisah yang dihidangkan oleh penulis ini adalah kisah beliau menguliti dunia perladangan.  Bermula daripada kerjaya sebagai pekerja di ladang khususnya dalam aspek pengurusan sebagai seorang  pegawai muda, beliau terus menaiki tangga kerjaya perladangan sehingga menjadi Pengurus Ladang di beberapa lokasi di dunia termasuk di Afrika.

Kisah suka duka dunia perladangan yang diulitinya ternyata memberikan dimensi yang pelbagai kepada pembaca seperti saya.  Walaupun buku setebal hampir 300 halaman ini, tidak dimuatkan dengan walau sekeping gambar, namun naratif penulisnya membuatkan seolah-olah kita yang membacanya berada bersama beliau di merata tempat sepanjang kerjayanya.

Buku Planter’s Tale memang menyeronokkan, gambaran bagaimana seorang tinggal di persekitaran ladang sama ada sebagai pengurus mahupun pekerja.  Penulis merakamkan kisahnya daripada seorang pegawai muda di sebuah ladang getah di Perak sehinggalah dia menjadi pengurus ladang kelapa di Pulau Solomon dan ladang kelapa sawit di Afrika.  

Planter’s Tale menggabungkan semua elemen - sedih, lucu dan drama, misalnya dalam kisah David Marsh and The Farm, David Marsh seorang penolong pengurus ladang yang masih bujang namun sangat berjimat sehingga sanggup membantu di gerai bagi mendapatkan makanan percuma bagi mencapai hasratnya menebus kembali rumah keluarganya sebagai hadiah untuk ibu tersayang.  Walaupun berjaya menggapai hasratnya namun David Marsh kecundang akibat penyakit barah yang dihidapinya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mcm best aja
SIS berkata…
perkongsian yang patut dipuji...
Tanpa Nama berkata…
dalam hayalan saya , saya melalui hidup sehebat En Mahbob. Hidup dalam udara segar, keindahan alam , berjumpa berbagai ragam manusia. Lebih baik dari duduk depan komputer, mengharungi trafic jam dan asyik bayar bill.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?