SERONOK KE MENIPU …?

(Ruangan Salam Perantauan Akhbar Utusan)

Sehingga saat ini saya masih berpeguh teguh pada maxim ‘Honesty is the best policy’ walaupun kadang-kadang saya ditimpa musibah hanya kerana berlaku jujur. Tetapi meletakkan kejujuran mengatasi segalanya adalah pendirian saya. Malah kerana berjujur juga kadang-kadang menyebabkan saya kehilangan peluang-peluang perniagaan, tapi tidak mengapa kerana rezeki, jodoh ajal dan maut semua kerja Tuhan, Allah SWT.

Lain pula ceritanya sekumpulan pelajar-pelajar sebuah universiti di Tronoh, Perak Darul Ridzuan yang mengambil pendekatan ‘seronok menipu’. Kisahnya ialah apabila kumpulan pelajar ini menghantar gambar dan ucapan untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan khusus kepada para pelajar dan rakyat Malaysia yang berada dalam dan luar negara menyampaikan ucapan Hari Raya Aidil Fitri kepada keluarga, rakan dan kenalan mereka.

Tradisi ini banyak disediakan oleh akhbar-akhbar di Malaysia khususnya akhbar-akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Mingu, Kosmo, dan Harian Metro. Bukan pun dikenakan bayaran tetapi sebagai wadah kepada para pembaca dan para pelajar menyampaikan suara hati Aidil Fitri mereka. Akhbar-akhbar ini pula tentulah tidak mempunyai ruang, petugas dan sumber yang mencukupi bagi memastikan kesahihan semua ucapan yang dikirim oleh si pengirim. Malah ruangan yang disediakan memang menarik, malah saya sering menggunakan ruangan ini bagi menyuntik motivasi kepada anak-anak saya supaya menjadi pelajar cemerlang dan mampu belajar di universiti sama ada dalam atau luar negara. Ruangan ini tentulah diwujudkan atas dasar saling mempercayai khususnya di pihak pengirim.

Maka apabila kumpulan pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh ini memilih untuk menipu dan mempersendakan ruangan yang disediakan secara ikhlas oleh syarikat akhbar maka saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk tidak merasa meluat dengan kumpulan pelajar ini. Malah kumpulan ini juga khabarnya mencanang dengan bangga apabila berjaya menipu, rupanya ini kualiti pelajar universiti di Tronoh ini. Saya percaya kumpulan ini adalah kumpulan kecil, tetapi apabila perlakuan ini dilakukan oleh kumpulan pelajar yang belajar di sebuah menara gading, saya merasa amat malu dan sedih! Sewajarnya pihak pengurusan pelajar universiti ini mengambil tindakan tegas dan wajar bagi memberikan pengajaran supaya perkara seumpama ini (menipu) tidak akan berulang.

Saya percaya dengan ilmu perundangan yang sedikit sebagai orang biasa, pihak akhbar juga boleh membuat laporan polis berhubung dengan penipuan ini!

Ulasan

siti berkata…
Masyallah..
SIS berkata…
sokong dgn tn ks..malu dgn sikap plajar2 ini...malah bangga dlm fb krn dpt menipu bkn saja akhbar utusan tp juga pembaca..
sicapik berkata…
dah tu akhbar melayu pun selalu menipu..sesekali sipenipu pula kena tipu..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?