RAKYAT DIDAHULUKAN ...
Inilah gambar sebuah telefon awam yang disediakan untuk kemudahan rakyat, maklumlah walaupun bilangan telefon bimbit di Malaysia mencapai 30.3 juta berbanding penduduk Malaysia yang berjumlah 28.2 juta orang. Gambar ini dirakam di Pekan Sungai Besi, apa yang menariknya ialah kedudukan telefon awam ini ialah di atas pemisah jalan, dan tidak berbumbung! Mungkin ini adalah trend baru, atau kemudahan sekadar tangkap muat atau melepaskan batuk di tangga, atau juga asal ada! Bagus juga jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayasia (SPRM) dapat mengadakan kunjungan mesra kepada pegawai yang meluluskan bayaran kepada kontraktor yang menyediakan kemudahan ‘kelas pertama’ ini. Ketika bersarapan pagi ini, saya terpaksa berkongsi meja dengan dua orang rakyat Malaysia yang lain, yang pada pandangan saya ialah dari profession ketenteraan. Apa yang menarik ialah perbualan yang berkisar di antara mereka iaitu berhubung dengan layanan ‘tidak mesra rakyat’ di sebuah hospital universiti terulung di Cheras...