TOLONG JAGA KEBERSIHAN & PENJUAL MINYAK BOTOL!


Gambar ini saya rakam di sebuah sekolah rendah di Putrajaya. Anda tafsirlah sendiri.



Yang ini pula di Bandar Tasik Selatan di pinggir ibu kota. Menjual minyak dalam botol, harga RM4.00 dengan isian botol mineral 1500 ml, itu pun tidak penuh! Sebenarnya langkah penjual ini patut dipuji atas inisiatif keusahawanannya, manakan tidak mengambil peluang apabila ada.

Stesen 'kerang' yang terletak di Bandar Tasik Selatan lebih kurang 1 km dari tempat jualan minyak botolnya telah hampir 3 bulan tidak beroperasi, alasannya yang diletakkan ialah kerja-kerja pengubahsuaian sedang berjalan, namun tiada kerja apa pun yang berjalan!

Dan dengan adanya Kem Tentera, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Maktab Tentera DiRaja, sebuah Sekolah Menengah, dua buah Sekolah Kebangsaan, sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Cina, sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil dan sebuah Sekolah Rendah Agama, saya kira lebih 30,000 (anggaran sahaja) warga Pekan Sungai Besi dan Bandar Tasik Selatan yang merana kerana penutupan 'sementara' stesen minyak 'kerang' itu.

Mungkin Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan kesulitan semacam ini, ataupun jika stesen 'kerang' itu adalah milik pengedar, langkah-langkah sementara boleh dilakukan oleh 'kerang' induk sehingga masalah dengan pengedar tersebut dapat diatasi.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mungkin boleh membantu merealisasikan impian si penjual minyak botol ini, kerana rasanya belum ada usaha-usaha memperbanyakkan usahawan stesen minyak Bumiputera secara sistematik di MECD. Lagipun ibu pejabat Tekun Nasional hanya sebatang rokok dari lokasi kejadian! Jenguk-jenguklah.


Catatan Kaki: Usaha merakamkan gambar jualan minyak botol pada kali pertama tidak berhasil kerana 'rayuan' si penjual minyak yang khuatir tindakan 'keusahawanannya' mungkin mengundang masalah lain! Gambar ini dirakam dari jarak jauh, bagi mengurangkan masalah si pemilik blog!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan,kepekaan tuan terhadp masyarakat amat menyentuh hati kecil saya,teruskan usaha murni,moga tuan akan sentiasa sihat walafiat.Saya masih mengharap kesudian bertemu dengan saya ..
Tanpa Nama berkata…
suara yang jujur!
Tanpa Nama berkata…
x sangka kat bandar pun ada jualan minyak botol,syabas pendedahan semacam ini.Menteri KPDNHEP wat apa lak.x kan sibuk promosi pasaraya aje..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..hal2 kebersihan ni mmg slalu org tak faham..tu la pasal..slalunya minyak dalam botol ni dijual kat kampung2 yang ulu sangat...yang susah jumpa stesen minyak..bagus tn ks paparkan masalah masyarakat cam ni..
Bermakna kita benar2 sedang menghadapi masalah sumber tenaga. Owh yer... masalah ini tiada kena mengena dengan tenaga dalam diri!! :)
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, x sangka kat kl pun ada gak minyak jual dlm botol,apa lah teruknya..dah tu mahal lak plak..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU