MENGINSAFI KEMATIAN DALAM ‘MAUT’


(Poster filem ihsan dari budiey.com)

"Katakanlah (wahai Muhammad);"Nyawa kamu akan diambil oleh Malaku'l-Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".

Surah As-Sajdah (Ayat 11)

Selepas sajak ‘Kematian’ menjadi isu di sekolah-sekolah kerana dianggap keterlaluan dan menakutkan murid-murid sekolah, kini muncul Filem ‘Maut’ buah tangan terbaru Badarudin Azmi selepas filem ‘Syaitan’ pada tahun 2007. Filem ini yang terperap hampir dua tahun dan melalui pelbagai halangan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang menyaksikan lebih 10 babak dipotong disamping perubahan judulnya yang asal iaitu: ‘Malaikat Maut’

'Maut' membuka tirai penayangan filem Melayu 2009 selepas 15 hari tahun 2009 membuka tirainya. Apa yang saya tidak faham kenapa lewat sehingga 15 hari, bukankah filem Melayu bersusun-susun menunggu tayangan.

‘Maut’ merangkaikan tiga buah kisah yang berbeza yang berlaku dalam bulan Syaaban, Ramadan dan Syawal menerusi kaca mata dan pengamatan tiga watak yang berbeza. Simbolik daun gugur ialah kematian.

Membicarakan mengenai kematian, alam barzakh, siksaan kubur dengan elemen-elemen keruntuhan moral anak-anak muda, black metal, bertatu dan gejala sosial di kalangan muda mudi.

Hasrat Bade untuk menghasilkan sebuah filem yang mampu menjentik minda mungkin disalahertikan sebagai membicarakan perkara-perkara yang tidak wajar dibincangkan- perkara-perkara samiyat. Mungkin filem semacam ini perlu diusahakan bersama dengan agensi-agensi kemajuan Islam seperti JAKIM, dan dibuat ala docudrama dan diedarkan ke sekolah-sekolah menengah bagi mendidik para pelajar di peringkat awal lagi.

Walauapapun rintangan bagi menghasilkan sehingga kita mampu menikmati filem ini sepanjang 90 minit dalam pawagam berhawa dingin, adalah suatu usaha terpuji yang sama sekali lari dari filem-filem komersil lain atau filem cinta yang berlambak di pasaran sekarang ini. Tahniah dan syabas kepada Bade kerana ‘Maut’ mampu menginsafi kita terhadap kematian walaupun terganggu dengan hilai tawa anak muda di baris belakang!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan,sy bukan kaki wayang,selepas ini akan cuba tgk wayang Maut,Insyaallah.tuan?
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..sy dah mula jadi kaki wayang sejak akhir thn lepas... smpai sinopsis pasal crite wayang dalam paper pun baca ( sblum ni tak pernah ambil tahu pun ).. seronok gak jadi kaki wayang..
Tanpa Nama berkata…
salam..hargailah kehidupan yang dipinjamkan kerana 'life is short and so fragile'...aku amat menghargainya selepas dibelasah dengan dugaan yang amat hebat..syukur kehadrat Ilahi kerana masih menyayangi diri ini..
Ajami Hashim berkata…
salaam.. ya saya setuju kalau JAKIM usahasama utk filem2 sebegini di masa akn dtg ;-)
Tanpa Nama berkata…
salam..patut ada dibukukan filem ini..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,tuan ni macam hantu raya bnyk masa melakukan pelbagai perkara..tahniah dan syabas..blog ini menarik.
Tanpa Nama berkata…
cerita yg berbeza mengundang minda yang terbuka.syabas kpd tuan yg prihatin..teruskan.
Tanpa Nama berkata…
salam..kepada Sam.. u baru tau ke tn ks ni memang pun hantu raya..hahaha
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, seronoknya org kata tuan hantu raya.tuan x kata apa pun;penyabar betul..
Ophe berkata…
filem nih mmg bagus... saya tegk dan saya rasa terkesan. tapi bila sebut MAUT, orang takut nk tengok.. apakah kutipannya akan maut jugak? ermm..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU