MENJAJAT HATI SEORANG AYAH DALAM 'ABHIYUM NAANUM'

Sebahagian adegan dalam 'Abhiyum Naanum'

Baru-baru ini saya berkesempatan menonton sebuah filem Tamil: 'Abhiyum Naanum' (bermaksud- Abhi dan Aku).

"Abhiyum Naanum" sebuah kisah bagaimana hubungan akrab seorang bapa yang penyayang dengan anak gadisnya dari usia yang kecil sehingga anak gadis itu menjadi dewasa dan melangsungkan perkahwinan.

Kisah yang diceritakan dari perspektif seorang bapa kepada seorang bapa lain beranak kecil yang ditemui secara tidak sengaja di taman ketika dia berjogging. Filem ini menyelit banyak adegan yang boleh dilihat dalam kehidupan seharian seperti mana seorang bapa menghadapi hari pertama persekolahan anaknya. Watak-watak dalam filem bersifat realistik dan senang ditemui dalam kelompok masyarakat.

Nilai kekeluargaan yang jarang dipaparkan dalam filem digarap dengan begitu meyakinkan dan berjaya meninggalkan kesan sinematik yang berpanjangan. Emosi dan kegembiraan seorang bapa membesarkan anaknya telah berjaya dimanipulasi dengan cemerlang dalam filem ini. Lihat saja adegan di mana si anak mengejutkan bapanya di tengah malam dan membawanya menaiki bot sambil menjerit kepada bulan sebagai memenuhi impian si bapa!

Hidup ini indah! Filem dalam apa bahasa pun mampu mengocak emosi walaupun tanpa sarikata dalam bahasa yang kita fahami!

Ulasan

ustazah berkata…
Salam tuan,menonton filem tamil+hindustan memang kegemaran saya,malah saya suka menonton siri drama keluarga diTV,adakah tuan faham bahasa tamil? Bagaimana/di mana boleh saya temui tuan..
anep berkata…
Ni citer tamil, manala aku paham.tapi rasa cam best aje, sbb tuan sakat kalau x best x mungkin masuk dlm KS.Nnti aku tengok la.Leh carik awek India lak plak..
karim berkata…
Apa ko susah anep kan ustazah pun nak tengok,ajak la dia, tak reti reti lagi ke..
SIS berkata…
salam tn ks..bagus la tuan buat sinopsi cerita ini..bukan semua orang dpt tgk filem2 yang selain berbahasa Malaysia atau Inggeris..cam ni la semangat rakyat malaysia..at least ramai yang dah minat nak gi tgk..saya pun minat gak nak tgk..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN