TALI PINGGANG KELEDAR PENUMPANG BELAKANG!

Gambar hiasan: Gambar ini dipilih sebab
keldai dan keledar berkongsi 'anagram' yang sama!

Hari ini kita menyambut Tahun Baru 2009. Hari ini juga penggunaan tali pinggang keledar penumpang belakang mula dikuatkuasa. Yang menariknya peraturan pemakaian tali pinggang keledar disusuli pula dengan kempen kesedaran pemasangan tali pinggang keledar. Berdasarkan kenyataan Kementerian Pengangkutan, sebanyak RM40 juta dibelanjakan tahun sebelumnya (2007), RM45 juta tahun lepas (2008) dan RM45 juta lagi untuk tahun ini (2009), dengan segala alasan dan kewajaran.

Majoriti penggunaan kenderaan di Malaysia ialah kenderaan penumpang dengan kapasiti penumpang seramai lima orang. Flashback sebentar: Dalam ucapan Presiden UMNO pada September 1982, YAB Perdana Menteri ketika itu, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pertama kali telah menyarankan matlamat kependudukan 70 juta. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Untuk makluman ketika itu, populasi Malaysia ialah sekitar 14 juta orang.

Unjuran kewajaran ini ialah bagi setiap keluarga mempunyai sekurangnya lima orang anak.

Tulisan ini tidaklah bermaksud mempersoalkan kewajaran peraturan pemakaian tali pinggang keledar belakang ataupun mempersoalkan dasar kependudukan 70 juta.

Dengan majoriti penggunaan kenderaan penumpang berkapasiti 5 orang (yang dibenarkan) adakah sebuah keluarga yang mempunyai lima orang anak (menyahut seruan Kerajaan bagi mencapai matlamat kependudukan 70 juta) terpaksa meninggalkan dua orang anak setiap kali mahu berpergian, atau harus di saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar atau membawa penumpang berlebihan. Setakat tulisan ini, maklumat penyamanan terhadap penumpang atau pemandu kenderaan belum diputuskan (contoh yang baik – Malaysia Boleh!)

Dengan mengehadkan jumlah penumpang kenderaan penumpang kepada lima orang, mungkin akan timbul masalah lain pula, keluarga yang mempunyai lima orang anak atau lebih terpaksa pula mendapatkan kenderaan tambahan, apa kewajarannya. Mungkin ada anak yang terpaksa ditinggalkan bagi mematuhi peraturan seperti pemakaian tali pinggang keledar. Memanglah ada jalan penyelasaiannya – dapatkan kenderaan pelbagai guna pula (MPV) tapi soalnya berapa ramai rakyat negara ini yang mampu memilikinya.


Dan hari ini 01/01/2009, setakat jam 3.18 petang, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 242 saman dikeluarkan berhubung kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar belakang. Menurut Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan, berkata mulai hari ini, kesemua pengguna kenderaan wajib memakai tali pinggang belakang dan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan bagi pengguna kenderaan yang enggan berbuat demikian.


Soalnya jika penumpang belakang yang bakal disaman, saya percaya anak-anak saya akan mengumpul saman terbanyak kerana akan sentiasa ada dua orang yang disaman setiap kali bertembung dengan penguatkuasa JPJ ataupun saya akan disaman sekiranya pemandu yang dipilih untuk disaman berhubung kegagalan memastikan penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar mereka. Kepada mereka-mereka yang memegang tampuk kuasa jenguk-jenguklah rintihan rakyat kebanyakan dan jangan hanya membuat dasar dan peraturan dalam bilik berhawa dingin tanpa mengambil kira realiti kehidupan rakyat Malaysia.

Kerajaan sewajarnya menangguhkan penguatkuasaan berhubung perkara ini, agar rakayat tidak terus dihimpit keresahan dan ketidaktentuan bagi membolehkan penguatkuasaan ini dapat diperhalusi dari semua aspek supaya dapat menyakinkan rakyat secara total.


Catatan Kaki: Apabila saman yang dikumpul sudah banyak, proses naik turun mahkamah pula akan jadi isu – sebelum itu, Datuk Suret Singh ada dua orang anak untuk dijual berminat ke? Sila hubungi pemilik blog.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, permulaan 2009 yang menarik & kritis,saya kira tuan pnya 5 org anak, namun saya masih berharap utk menemui tuan..saya sendiri kurang bersetuju dgn peraturan pemakaian tali pinggang keledar belakang tanpa mengambilkira pelbagai faktor.Pedasnya sampai 'offer' nak jual anak..syabas tuan!
Tanpa Nama berkata…
salam tuan..kerajaan membuat peraturan tanpa pertimbangan sewajarnya, sehinggakan aspek perundangan diabaikan..
Sesiapa yang ada bawak binatang peliharaan dalam kenderaan, sediakan cage yang bertali kaledar! nnati terantuk2 kepalanya.

p/s: terkejut disergah anjing peliharaan dari tingkap sebuah kenari di jalan pudu. Huh!!! kurang ajar tul.
Tanpa Nama berkata…
Aduh..bisa bisa adakah tuan sakat mengambarkan pembuat dasar seperti keldai? walauapapun tahniah atas persoalan yang kritis dan sinis..
Tanpa Nama berkata…
setuju kejaan patutnya menangguhkan dulu sbb ada plak kete yg bawh 95 tak yahla..cam kete 2 x akan terlibat ngan accident..apa la..pnya keldai..oops tersasul..keledar.
Tanpa Nama berkata…
salam tuan..memang pedas tapi bagus..saya pun ada 2 anak 2 dan 3 tahun yang tak boleh diikat dalam kereta..setakat 5 minit boleh lah..kejap nak baring kejap nak duduk..mmg patut undang2 dibuat ikut realiti..klau utk org kaya leh la..tapi yang byk anak slalunya orang miskin yang tak mampu beli MPV..
Tanpa Nama berkata…
gua tabik spring la bro..betul 2 apa wakil rakyat wat kat parlimen 2 goyang telur aje kot..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?