PRIVATE NUMBER, PILIHANRAYA KECIL P 36 & GADIS SEKSI DI STESEN 'KERANG' TAMAN BAIDURI!


Saya tidak berapa pasti samada kita sedar atau separa sedar mengenai penggunaan telefon bimbit kita, yelah samada kira benar-benar menggunakan kemudahan tersebut atau menjadi hambanya. Rasional saya berkata demikian ialah kesungguhan saya menggunakan telefon saya seperti hamba sahaya gayanya. Samada urusan perniagaan, santai atau keluarga samada rasmi mahupun tidak, telefon bimbit saya sentiasa menjadi peneman walaupun terkadang saya tidak membawa dompet saya atau MyKad!

Disiplin penggunaan telefon saya jauh di bawah paras berkawad pelatih PLKN. Namun begitu, sejak akhir 2005 saya telah membuat satu ketetapan bahawa saya tidak akan menjawab sebarang panggilan yang tidak memaparkan nombor si pemanggil, apa saja istilahnya – ‘private number’ , ‘no number’. Malah perkara ini telah pun saya tegaskan berkali-kali kepada teman-teman dan rakan niaga saya yang akan mengadu saya tidak menjawab panggilan mereka.

Rasionalnya apabila ditanya oleh rakan-rakan tadi ialah saya tidak mampu membeli ‘panadol’ sekiranya saya mahu mengurangkan pening kepala saya memikirkan dengan siapa saya bercakap dalam telefon tadi, atau katalah saya dipujuk menyertai skim cepat kaya atau sipenjual kad percutian, mahupun sipenjual insuran tidak beretika. Jadi bagi mengelakkan perkara memeningkan kepala seperti ini saya mengambil ketetapan untuk tidak menjawab panggilan telefon yang tidak memaparkan nombor sipemanggilnya!

Saya sukar menerima justifikasi kenapa sipemanggil tadi tidak mahu nombor telefon bimbit mereka dipaparkan. Apa rasionalnya, bukan ke susah untuk membalas panggilan jika ter 'miss call'. Apa yang mereka takutkan, apa yang mereka khuatirkan.

Sejak dua minggu lalu, akhbar-akhbar sibuk melaporkan mengenai perjalanan Pilihanraya Kecil P 36 – Kuala Terengganu. Menariknya dalam PRK ini ialah laporan pelbagai dimensi: pemilihan calon yang tepat, janji manis PRK, janji manis pasca PRK, pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang jauh sebelum PRK, nasihat-nasihat pakar, perang poster, ceramah, malah disulami pula gambar-gambar dengan pelbagai latar: calon menimang bayi, menemui pengundi etnik yang pelbagai, Menteri menyampaikan bantuan yang telah lama dirancang, calon memeluk pengundi, calon menyampai sumbangan, melawat mangsa bencana dan pelbagai lagi gambar-gambar yang meruntun hati dan naluri sang pengundi.

Petang tadi ketika pulang dari pejabat saya mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak kerang dan menariknya ialah apabila seorang gadis seksi (mungkin pandangan kabur sebab penat kerja kot) bertanyakan arah ke sebuah taman perumahan di ibu kota. Saya pun seperti pemandu pelancong yang berpengalaman memberikan arah secara terperinci untuk ke taman yang dimaksudkan. Selepas itu ketika melangkah ke kereta saya, gadis itu berlari anak dan meminta nombor telefon saya (entah-entah si penjual insuran bisik hati kecil saya) saya memberikan kad nama dan meminta nombor telefonnya dan dia pun memasukkan nombor saya untuk di miss call. Sejurus saya melangkah ke dalam kereta, saya mendapat panggilan ‘no number’. Aduh ini tentu gadis seksi tadi!

Catatan Kaki: Tulisan ini ilham dari anak saya yang baru empat hari melangkah ke tadika, katanya hari ini dia belajar membuat topeng!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan-saya mmg rasa penggunaan private mnber patut diharamkan.Isu yg menarik,apakh tuan trlibat ngan P 36 ke? Saya berharap benar dapat menemui tuan..
Tanpa Nama berkata…
mcm tau-tau aje tuan ks, aku baru aje bengang pasal private nmbr ni bberapa ari lepas.Mmg la mcm2, aku pun ingat nk jd mcm tuan, boikot no number..
Tanpa Nama berkata…
salam ..susah ni tn ks dah terperasan la plak...
Tanpa Nama berkata…
yup sy setuju,mereka berselindung diblkg priveate nmbr..penipu ..
Tanpa Nama berkata…
betulla menyakitkan hati prebet number tu..nasib baik ada citer gadis seksi, oklah rasa lega lak plak..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..cara penyampaian kali ni nampak serabut sikit..tn ks mesti byk idea untuk diluahkan disamping ada sedikit unsur emosi.
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,penyampaian yg santai tanpa menyinggung mana2 pihak...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?