MENGENANG BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA - TUN ABDUL RAZAK

(YAB Dato' Sri Najib dan ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak)

Saya teringat kata-kata YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu merasmikan program ‘Legasi Tun Razak’ pada 15 Jun 2007 : Dato’ Sri Najib maybe his biological son, but I am his political son.. ( Dato’ Sri Najib adalah anak kandungnya (Tun Razak), tetapi saya adalah anak didik politiknya).

Pada 14 Januari 1976, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Hussein Onn, dalam nada sebak dan sedih melalui kaca televisyen dan radio mengumumkan ke pulangan ke rahmatullah, Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein di London pada usia 53 tahun kerana penyakit leukemia yang dihidapinya sejak tahun 1969,namun merahsiakannya daripada pengetahuan keluarga kerana tidak mahu kesihatan menjadi penghalang, dan mengenepikan kepentingan diri serta berkorban untuk membina agama, bangsa dan negara.

Tun Abdul Razak akan sentiasa diingati sebagai seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat dan tebal dengan semangat untuk membantu rakyat miskin dan terpinggir di Negara ini. Lihat sahaja legasi Tun Abdul Razak di sekeliling kita: MARA, Barisan Nasional, FELDA, Buku Hijau, Buku Merah, FELCRA, Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Baru Malaysia, Rukunegara, dan pelbagai program dan perencanaan demi melahirkan Malaysia yang progresif.

Selain kegigihan Tun Razak memacu desa dan kota untuk memenuhi impian bangsa dan negara, Bilik Gerakan Negara, Negeri dan Daerah, Buku Merah, Buku Hijau, Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua adalah contoh pratikal kaedah beliau melaksanakan perancangan pembangunan.

Allahyarham Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang jujur, ikhlas dan kuat bekerja demi kepentingan rakyat. Sebagai contoh pada tahun 1962, Tun Razak telah membuat lawatan sejauh 43,000 batu (kira-kira 68,800km) menerusi jalan raya, kapal terbang, helikopter, bot, berbasikal dan berjalan kaki meliputi lawatan ke 45 bilik gerakan negeri dan 118 bilik gerakan daerah di seluruh negara.

Allahyarham Tun Abdul Razak akan sentiasa dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia merentas generasi kerana pelbagai kejayaan, dua yang terpenting ialah Tun Razak berjaya membantu menamatkan konfrontasi dengan Indonesia dan menjalinkan hubungan rasmi pertama negara di rantau ini dengan China di mana kedua-dua kejayaan itu menjadi batu tanda bersejarah dalam diplomasi antarabangsa negara.

Semoga roh Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Bapa Pembangunan Malaysia akan sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT. Amin.

Al-Fatihah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, jauhnya perjalanan dalam masa sesingkat itu,mesti tuan ini seorang yang gemar mengembara, keinginan untuk menemui tuan belum jua tercapai..atau mungkin..
Tanpa Nama berkata…
maaf ulasan ini utk 'Kembara 1210..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,mungkin generasi sekarang kurang tahu mengenai Tun Abdul Razak, t kasih kerana mengingatkan tentang Bapa Pembangunan Malaysia..saya kagum dn sukar percaya bagaimana tuan pnya begitu bnyk masa..masih menanti tuan..maaf..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..Tun Razak juga terlibat dlm menyelesaikan peristiwa 13 Mei 1969 melalui MAGERAN yang diketuainya..byk jasa tun razak..
Tanpa Nama berkata…
Al-Fatihah kepada roh allahyarham..moga dicucuri rahmat..sebak saya, tuan..saya anak FELDA..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?