SURAT TERBUKA UNTUK TUAN BARRACK OBAMA - HARAPAN DAN PERUBAHAN



Apa khabar Tuan, harap Tuan dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Kurang dari 24 jam lagi, majlis pemasyuran Tuan sebagai Presiden Amerika yang ke-44 akan bermula sebaik sahaja jam berdenting 12 kali waktu tengahari, 20 Januari 2009 nanti.

Harapan saya, Tuan akan terus berusaha memperkasakan kebebasan sejajar dengan tema pemasyuran Tuan sebagai Presiden – Kelahiran Kebebasan Baru!, frasa yang Tuan kutip dari ucapan Presiden Abraham Lincoln ketika Perang Saudara Amerika Syarikat.

Sebenarnya kejayaan Tuan menjadi Presiden Amerika Syarikat akan menjadi tumpuan sejauh mana Tuan mampu mengotakan janji-janji perubahan demi Amerika yang baru. Malah perkataan impian dan perubahan telah saling digunakan dengan begitu meluas sepanjang tempoh dua tahun kempen Tuan ke Rumah Putih. Pendirian Tuan berhubung penglibatan tentera Amerika dalam peperangan di Iraq dan sekutu negara tuan di Gaza, walaupun sebelum ini diragui dan dicap sebagai akan sama seperti Presiden sebelum Tuan, saya amat berharap Tuan akan membuat 'kejutan' dan mengubah persepsi buruk ini.

Kejayaan Tuan menerajui negara 'Polis Dunia' adalah kerana janji perubahan yang Tuan canangkan sewaktu berkempen. Jutaan warga Amerika yang menyokong Tuan, menderma untuk kempen-kempen Tuan, menghadiri kempen-kempen sebagai bukti sokongan terhadap Tuan. Harapan saya semoga Tuan akan sentiasa berusaha mengotakan janji-janji yang telah Tuan lontarkan.

Saya tidak mahu menggesa Tuan berhubung hal-hal domestik dalam negara Tuan, tetapi izikan saya mengingatkan Tuan terhadap tanggungjawab Tuan sebagai Presiden negara 'Polis Dunia' saya agak kecewa dengan pendirian negara Tuan yang mengambil pendirian berkecuali ketika resolusi mengenai gencatan senjata di Gaza. Ketika tulisan ini, serangan Israel terhadap Gaza telah masuk hari ke-23, dan ketika Tuan mengangkat sumpah sebagai Tuan Presiden Amerika Syarikat yang baru pada 20 Januari nanti, telah masuk ke hari ke-25. Saya percaya sebagai seorang yang masih tebal dengan sifat ketimuran, Tuan akan melakukan langkah-langkah drastik yang menyenangkan seluruh warga pencinta keamanan di mana sahaja mereka berada.

Saya percaya sikap dan pendirian Tuan amat berbeza dengan Tuan Presiden sebelum ini yang amat gemarkan perang dan peperangan. Semoga Tuan akan menjadi pencinta keamanan yang praktikal dan tidak hanya bersifat slogan dan retorik.

Saya bukanlah mahu merpertikaikan pendirian Tuan sebelum Tuan dimasyurkan sebagai Presiden Amerika, kerana ketika Tuan melawat Israel, Tuan tidak banyak mengiktiraf penderitaan rakyat Palestin dan serangan Israel di Gaza, namun doa saya dan mungkin juga doa setiap warga dunia yang mecintai keamanan, bahawa pendirian Tuan terhadap Israel, Gaza dan rakyat Palestin akan menjadi titik tolak tuan menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat. Selamat Bertugas, Tuan Presiden Negara 'Polis Dunia'!
Share this article :
 

+ komen + 7 komen

ustazah
19 Januari 2009 8:54 PTG

salam tuan, tulisan yg bernas, rindunya saya kpd tuan..

mas jani
19 Januari 2009 9:04 PTG

lamanya tuan menyepi, segar dan kritis moga obama akan terus bergema..

faridul
19 Januari 2009 9:34 PTG

harap obama tak sama dgn bush.amin

SIS
19 Januari 2009 9:39 PTG

salam tn ks..sentiasa menanti isu yang tn ks nak share dengan peminat..harapan yg tinggi terhadap obama terutama masyarakat yang sayang pada keamanan..harap pada perubahan selepas perlantikan tn Obama pada 20 Januari ni..

jali
19 Januari 2009 10:58 PTG

nmpak obama lebih timur..

karim
20 Januari 2009 8:18 PTG

tuan pengkagum obama.sy amat berhrap akan ada perubahan.Insyallah.

nieza
21 Januari 2009 9:15 PTG

moga obama akan diberi hidayah utk mengentikan keganasan israel.Insyallah.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger