EAN, EON, AGRO BANK, ALOR STAR & ALOR SETAR..


Ketika kecoh mengenai bantahan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik, ‘pejuang-pejuang’ bahasa yang telah lima tahun berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu di Negara kita, akhirnya bakal mengambil tindakan perundangan di samping perarakan besar-besaran untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, khabarnya pada 7 Mac 2009, nanti.
Saya tidak mahu mengulas panjang berhubung perkara ini kerana telah banyak ditulis dan dibahaskan oleh ‘pejuang-pejuang’ bahasa di Negara kita!

Tetapi yang menariknya kepada saya ialah usaha para ‘pejuang-pejuang’ bahasa di Negara kita yang seolah-olah menghalalkan cara (tanggapan peribadi saya) mengenai bagaimana Bahasa Melayu di kesampingkan (kalau pun tidak dikatakan dibelakangkan). Sebagai contoh, Edaran Otomobil Nasional (EON) sepatutnya EAN – Edaran Automobil Nasional, perkara ini pernah disentuh oleh Sdr. Johan Jaafar (kini Datuk) dalam kolumnya beberapa tahun lalu.


Apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuat penjenamaan semula Bank Pertanian kepada nama yang lebih progresif – Agro Bank, seolah-olah perkataan Pertanian yang berbahasa Melayu ini tidak cukup progresif, agaknya! Dan lahir pula ‘Pertaniaan Adalah Perniagaan’.
Baru-baru ini pada 14 Januari 2009, Kerajaan Negeri Kedah memutuskan supaya ejaan nama Alor Star diubah ke nama asalnya, Alor Setar untuk digunakan secara rasmi.

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada ’Alor Star’ semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990-an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Memanglah ada kewajaran gesaan Persatuan Sejarah Malaysia Kedah, berhubung penukaran nama ini ke nama asalnya ‘Alor Setar’ bagi mengekalkan sejarah ia diambil bersempena nama pokok setar yang ditemui di negeri ini.

Soalnya apakah Kerajaan sedia ada tidak cukup peka untuk mendengar sungutan dan rungutan para ‘pejuang-pejuang’ Bahasa ataupun Persatuan Sejarah Malaysia Kedah, sekadar contoh dalam tulisan ini. Sehingga untuk merealisasikan penukaran nama Alor Setar ke nama asalnya memerlukan Kerajaan Negeri ditukar dahulu, jika itulah realitinya, meminjam cakap si Nabil – Juara Raja Lawak Astro, ‘lu pikirla sendiri!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan,saya teruja membaca tulisan2 tuan, ada sahaja komen dan kritikan sosial.saya setuju,apakah perlunya menukar kpd agro bank, dan EON - tak faham knapa bukan Automobil..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..'pejuang politik BN' bukan pejuang bangsa..juga bukan pejuang bahasa..itu la pasal...
Tanpa Nama berkata…
so rasanya kena tukarla kejaan sedia ada ni kot..itu yang betul..kah kah kah..
Tanpa Nama berkata…
adakah dasar ppsmi akan diubah..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, x tau pun ada muzium automobil..tlg hebahkan maklumatnya ..
Tanpa Nama berkata…
alor STAR 2 x da makna,apa punya bangang la kejaan bn,ikut sedap tekak aje nk tkr..lu pkir la sndiri..
Tanpa Nama berkata…
pejuang bahasa dh lima tahun bru nk ambik perundangan,apa dah jadi..takut soru miss kot..
teruskan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa melayu
Tanpa Nama berkata…
kalau betullah bahasa inggeris tu sofistikated , bahasa melayu tu lambamg perpaduan ,bahasa cina ,tamil dll, kenapa Allah tak pilih bahasa2 ni jadi bahasa Al -Quran dan dijadikan bahasa penduduk syurga, pelajari bahasa tak salah ,tapi mendaulatkan bahasa keparat tu lah yang bangang

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?