UMNO, PKR, PAS, LEPAS ITU…DAP?


Itulah urutan kemenangan Pilihanraya di Malaysia sejak PRU 12 tempohari. Selepas UMNO memenangi banyak kerusi di PRU 12, diikuti pula PKR yang memenangi semula kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen. Itu pada penghujung bulan Ogos 2008.

Kini selepas penangguhan Persidangan UMNO ke bulan Mac 2009, PAS memenangi pula kerusi P036 Kuala Terengganu. Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Ironinya kedua-dua Pilihanraya Kecil samada di Permatang Pauh mahupun Kuala Terengganu selepas lima bulan, PKR dan PAS menang bergaya dengan penambahan majoritinya. Di Permatang Pauh (P044), PKR berjaya menambah 857 undi berbanding BN yang kehilangan 1,426 undi. Ketika Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) bertanding mempertahankan kerusi itu pada 2008, beliau memperoleh 30,338 undi berbanding Pirdaus Ismail dari BN yang mendapat 16,950 undi. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil, Anwar memperoleh 31,195 undi sementara Arif Shah (BN) mendapat 15,524 undi.

Dalam pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu, PAS memperoleh 32,883 undi - meningkat 949 undi berbanding Mac lalu, 31,934 undi. BN pula mendapat 30,252 undi berbanding 32,562 undi (2008) - hilang 2,310 undi.

Dan lima bulan dari tarikh PRK di Kuala Terengganu akan ada pula Pilihanraya Kecil melibatkan calon DAP pula. Tapi itu hanya ramalan, realitinya tiada siapa dapat menduga. Seperti pemilihan calon PRK samada di Permatang Pauh atau di Kuala Terengganu, ulasannya ialah : CALON YANG TEPAT.

Dengan ‘CALON YANG TEPAT’ telah dua kali Barisan Nasional tersungkur, mungkin betul ungkapan - ‘kita sebenarnya tidak kalah, cuma tidak menang !

Selamat memilih CALON YANG TEPAT !

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan,analisa yg sinis,mungkin kah akan ada PRK lagi 5 bln.sbut pasal calon, tuan calon pilihan saya..maaf itu. suara hati saya..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..suka pada ungkapan ' kita sebenarnya tidak kalah, cuma tidak menang'..ada juga yang beri ungkapan 'bukan calon tidak tepat, cuma tiada calon yang tepat'..hahaha..nasib la..
Tanpa Nama berkata…
masa kat Permatang Pauh,ada komen yg nk letak batu nesan politik DSAI,apa dah jadik kwn 2 menang lebih besar..nw kat K Trengganu..sama gak..mungkin BN/UMNO patut jadik sukatan pelajaran kat sekolah kot.
Tanpa Nama berkata…
salam tuan.nak air nak air pedasnya..2 la penangan calon yg tepat. syabas tuan.
Tanpa Nama berkata…
betul BN patut dibubar aje,cam dah tak relevan aje..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?