NOSTALGIA AMBANG ANIKA JALAN LIKU...






Setelah 10 tahun kita meninggalkan zaman kegemilangan ambang anika jln liku..Teman2 & sahabat2 sekeluarga dijemput untuk menghadirkan diri di majlis hi-tea pd 31 Jan 09 bertempat di singgahsana hotel petaling jaya.kehadiran anda amat2 dialu-alukan agar hubungan ukhwah antara kita dpt dieratkan lg..Sila jawab utk kehadiran sebelum 24 Jan. Maklumat lanjut hubungi rozaimi 012-XXXXXXX, wan 012-XXXXXXX, khanca 017-XXXXXXX


Itulah pesanan ringkas yang saya terima pada 16 Jan 2009 yang lalu menjemput bekas kakitangan Ambang Anika (anak syarikat TV3) yang terpisah sejak tahun 1999. Nostalgia Jalan Liku, memang sukar dikikis dari ingatan kami, kakitangan Ambang Anika seramai hampir 80 orang memang amat rapat kerana semangat setiakawan TV3.

Kilang Rempah, Pejabat NST, Nasi beringin, gadis-gadis seksi Vision Four, APT, Kalari Payat, Studio C, rakaman Muzik-Muzik, Grand Brilliance, warong Jai – inilah yang mewarnai Jalan Liku sepanjang Ambang Anika beroperasi dari Jalan Liku selama hampir 4 tahun sebelum berpindah ke Wangsa Maju. Nota: Jalan Liku ialah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Keinginan untuk bertemu sahabat-sahabat sekerja dan anak-anak buah saya memang benar-benar menggamit saya untuk meluangkan masa ke Hotel Singgahsana di Petaling Jaya. Walaupun agak lewat hampir 40 minit, hujan lebat sepanjang perjalanan tidak mampu mematahkan keinginan saya menyertai pertemuan pada kali ini.

Sampai sahaja di lobi hotel, saya terpaku melihat seorang bekas petugas Ambang Anika, Rahizal yang berdengkot-dengkot kerana kemalangan dan kini menerima pencen ilat seumur hidup dari PERKESO, dia dipimpin oleh Roshaly seorang lagi petugas bahagian produksi.


Pertemuan secara santai ini dihadiri oleh 20 orang antaranya: Jamariza, Thila, Maslina, Kancha,Rozaimi, Wan Norazlin, Cik Mat, Zakir, Helmi, Zahida, Hafizah, Zahread, Fazlida, Rizal, Nizam, Chaah, Zul Azri, Rahizal dan Ramli.


Selang-seli menjamu selera ala-buffet kami bertukar-tukar kisah pasca Ambang Anika, masa berlalu begitu cepat walaupun buffet RM35.00 untuk selama 3 jam dari pukul 3 petang.

Seusai hi-tea di hotel Singgahsana, masih ada yang mahu menyambung kisah pasca Ambang Anika, lalu bersantai pula di restoran di Jalan Othman, kami berenam, saya, Roshaly, Wan Norazlin, Rozaimi, Khancha, Rahizal, walaupun hanya dengan minum, kisah pasca Ambang Anika dan teman-teman lain terus bertukar-tukar kisah.

Yang paling membanggakan saya ialah kisah anak-anak buah saya yang dahulunya hanya berkelulusan SPM dan bertugas sebagai pembantu logistik, kini dengan berkat usaha mereka kini menggalas tanggungjawab yang lebih besar misalnya Zul Azri kini telah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengurus di sebuah agensi Kerajaan dan Chaah (Azhar) menjadi penyelaras IT di sebuah syarikat Petroleum. Malah saya difahamkan ada juga kakitangan Ambang Anika kini menjadi ulat buku kerana cambahan minat yang dibajai ketika di Ambang Anika. Kisah seorang pembantu jualan di lapangan menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah memang menguja.

Kisah perkahwinan tanpa anak, perpisahan, kahwin dua, pengalaman kerja di tempat baru, anak autisme, pengalaman tanpa kerja berbulan-bulan, cerita perniagaan, MLM, rumah terbuka, kisah jadi ‘guarantor’ dan ‘blacklist’, kisah bagaimana menganjurkan pertemuan petang itu memang sangat mengujakan, mahu sahaja saya menghentikan gerak waktu dan merakamkannya dalam ‘time machine’ agar mudah untuk diimbas kelak.
Sesuai dengan semangat setiakawan TV3, sambutan ulangtahun kelahiran pada hari ini secara tidak dijangka, kek dua potong dan lilin sebatang menjadi saksi sambutan kelahiran Thila pada hari ini! Happpy Birthday! Happy Birthday! Happy Birthday to Thila!

Kepada semua yang berusaha untuk hadir, semua yang berusaha menganjurkan pertemuan pada kali ini khususnya – Wan Norazlin, Khancha, dan Rozaimi – jutaan terima kasih kepada kalian, moga akan ada usaha sebegini di lain masa dan ketika, InsyaAllah.

Catatan Kaki: Bekas petugas Ambang Anika adalah hasil daripada Skim Perpisahan Sukarela (VSS) TV3 - kumpulan pertama, dan kini akan ada ketidakstabilan ekonomi dunia,dan syukur kepada semua yang masih punya pekerjaan kerana di luar sana ramai yang masih bergelut mencari sesuap buat mengisi perut!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan, bestnya bertemu dgn kawan2 lama, tuan dahlunya di TV3, terujanya saya, memang mengkagumkan kerja di stesen tv..adakah tuan dalam bidang penyiaran atau bidang lain..dan kali ni begitu bermurah hati dengan foto-foto..tuan sakat yang mana yea...
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, saya kira pengunjung ke blog ini akan meningkat kerana posting ini,patutla tuan mampu menghasilkan bingkisan yang kritis kerana pendedahan di stesen tv...teruskan menyakat..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..seronok kalau imbas kembali detik2 kehidupan yang lalu..nak cari gak kalau ada yang cipta 'time machine'..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,saya terharu dgn catatan kaki dicatatan ini:syukur saya masih punya kerja, dan bertekad akan bekerja bersungguh-sungguh..InsyaAllah..
utehdahagak berkata…
Syukur ke hadrat Illahi kerna dgn izinNya majlis ini berlangsung dgn jayanya walaupun pada peringkat awal ada segelintir golongan teman2 Ambang Anika Jalan Liku yg tak berapa setuju dgn majlis ini.....kononnya majlis mewah...tempat tak sesuai....RM35/= terlalu mahal....kami di pihak penganjur tak mudah melatah dan tetap untuk meneruskan majlis ini atas dasar persahabatan yang kian pudar dek kerna kesibukan masing2 terhadap tanggungjawab terhadap majikan & keluarga....Terima kasih yang tak terhingga pihak penganjur ucapkan pada semua yang hadir & pada kakisakat....cenderahati itu amat bermakna buat kami semua.....seribu kemaafan juga kami pohon andainya terdapat cacat cela, ketidakpuashatian, sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung.....InsyaAllah, kita bertemu lagi.....
jama berkata…
La nasir awatnya gambaq aku sikit sangat. kan ka aku ni seleberiti Smartshop ....
Tanpa Nama berkata…
terima kasih Ambang Anika...
Kenangan yang manis bersama x-staff Ambang Anika termasuk bos (En Nasir) dari Jabatan Logistik
Mohamad Fauzi Kamar berkata…
salam semua,
maaf tumpang lalu ye saya ni part time staff aje dulu...1995-97 kalau tak silap..

so convenient sbb masa tu kami tinggal di asrama YPM je..

antara nama2 yg masih ingat abg Pian, abg Jep (camera), kak mas, mimi, eileen, vincent, bro helmi IT..sori yg ramai lg tapi tak berapa ingat..

sori sentimental sikit.

Ambang Anika ni lah tempat saya bertemu jodoh saya. belajar tempat sama, tapi kenal masa di Ambang Anika S/B (SmartShop).

Setiap kali lalu area jln bangsar mesti terlintas kat kepala saya saat2 manis di ofis ambang anika, asrama YPM, ayam goreng telo gerai awe (skg kat Abdullah Hukum), NSt, TV3 lama, kilang kari, dan tikus besar..

terlalu byk kenangan manis masa tenet2 kat gerai makan situ..

Tapi semua tu tinggal kenangan.

Kami diijabkabul tahun 99, dikurniakan 4 cahaya mata,

jodoh kami hanya sampai 01/12/2008. isteri tercinta mengembus nafas terakhir akibat kanser...

if only i can share this blog with my wife....

thanks u ambang anika for the great moment..

wish u all the best.

Fauzi Kamar &
(Allahyarhamah Faridah bte Tauhed)
part timers 1995-97..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU