LOMPAT-LOMPAT & KUDIS BUTA


Gambar Hiasan: Minuman jenama 'Bota Best' keluaran dari Pekan Bota!

Lompat-lompat lompat katak lompat
Lompat-melompat dalam kolam
Berenang-renang bersukaria
Sambil menyanyi riang
Berenang-renang bersukaria
Sambil menyanyi riang

Karya Mohd Dawam Daldiri
Petikan dari buku :
Skor Lengkap Lagu-lagu Untuk Pendidikan Muzik KBSR,
Hj Abu Hassan Haji Ali – Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. (2000)

Tiba-tiba sahaja nama Bota menjadi terkenal, apa tidaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pelbagai ulasan dan kritikan dilontarkan oleh pelbagai pihak tetapi yang paling mencuri tumpuan ialah komen YAB Perdana Menteri yang kecewa dengan tindakan lompat parti menyifatkan "Orang yang melompat parti pada saya dia telah mengenepikan perjuangan. Kalau orang kuat perjuangan (parti), dia akan menghadapi apa juga keadaan.

"Orang yang begini (lompat parti) memang lemah, satu contoh bukti kelemahan dan kegagalan dalam perjuangan," jelas beliau.

"Jangan hendak jawatan sahaja tetapi tidak sanggup menghadapi masalah. Kita menghadapi pelbagai masalah, masalah yang dihadapi oleh parti, masalah yang kita hadapi sendiri sebagai pemimpin atau ahli parti.

"Kita perlu ingatkan diri bahawa kalau kita hendakkan kejayaan, maka banyak juga pengorbanan yang terpaksa kita lalui," ujarnya.

Dan akhirnya YB Datuk Nasaruddin Hashim yang pernah menjadi Ahli Parlimen Parit, menjadi Ketua Bahagian UMNO dilabel sebagai orang yang lemah perjuangan!

Cadangan saya ialah UMNO dan BN Perak sepatutnya mengadakan Jamuan Rakyat dan kenduri kesyukuran kerana selepas wakil-wakil rakyat yang 'lemah perjuangan' keluar dari partinya, tentulah parti tersebut akan menjadi lebih kuat dan ampuh.

Sepatutnya UMNO dan BN Perak mengambil ruang iklan satu muka surat di akhbar-akhbar untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Nasaruddin Hashim kerana memilih untuk keluar dari parti kerana tindakannya bakal menguatkan UMNO dan BN Perak.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang juga Menteri Luar pula menegaskan tindakan ADUN Bota itu tidak akan menjejaskan usaha-usaha BN memperkasakan parti. ''Saya nak katakan BN masih kuat serta boleh bangkit, dan penyakit 'kudis buta' (keluar parti) itu, insya-Allah, kita akan hapuskannya tidak lama lagi kerana kita ada kemahuan dan kekuatan serta niat yang ikhlas.''

Catatan Kaki: Tahniah kepada YB Bota yang keluar parti yang diwakili untuk menyertai parti pilihannya tetapi yang lebih manis ialah 'membotakkan' kerusi yang diwakilinya untuk memberi laluan kepada rakyat membuat pilihan, itu barulah Yang Berkhidmat!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, tulisan yang menjentik minda! Harap-harap tiada yang melompat lagi selepas ini. Kasihan kepada YAB Perdana Menteri..
Tanpa Nama berkata…
berani keluar, berani tanding itu baru gua tabik spring..
Tanpa Nama berkata…
cayalah bro, gua suka part nak membotakkan, amacam ada berani ke..
Tanpa Nama berkata…
aku rasa kalau ada PRK kat Bota, kaya tokeh Bota Best,mau kenduri air Bota Best aje..hahaha..
Tanpa Nama berkata…
cadangan yg bernas- Jamuan Rakyat, setuju sgt..sbb kena bersyukur..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..riangnya si katak tu melompat..mencari tempat baru yang lebih nyaman dan 'fresh'...
Tanpa Nama berkata…
saya setuju tuan:kalau dah ubat kudis buta, mesti kulit jadi sihat dan cantik..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?