SANTAI PUISI 'PAKSI-NELAYAN PERAHU KECIL'



Masyarakat Nelayan Perahu Kecil Kuala Pahang

23 Oktober lalu, saya menerima pesanan ringkas dari Sdr. Dinsman: Paksi buat aktiviti d Kuala Pahang, Pekan, Pahang, sabtu 1 nov depan (brsma dg Persatuan Prahu Kecil Kuala Pahang). Acara 'santai puisi' mulai 10.30 pagi. Tghari makan. 2.3optg bicara seni. 5.30 ptg jalan2 d kg nelayan. Jom kita k sana -

PAKSI, Puisi, Kuala Pahang, Nelayan, Perahu Kecil yang menambat saya menyusuri lebuhraya LPT ke Pekan pada pagi, 1 November lepas. Tiba lebih kurang jam 11.00 majlis baru saja dimulakan, pentasnya seperti ceramah politik dengan jalur gemilang di kiri dan kanan. Rupanya usaha PAKSI (Badan Seniman Paksi Rakyat) bukan retorik, mendekati rakyat, dalam konteks ini nelayan perahu kecil di Kuala Pahang sebagai usaha merakyatkan seni, membawa seni ke riba rakyat menuntut kecekalan bukan kepalang apatah lagi golongan nelayan di Kuala Pahang.

Menurut Sdr. Wan Khasmadi Wan Omar (Pengerusi Persatuan Nelayan Perahu Kecil Kuala Pahang), Sdr. Rosli Rani (Setiausaha) dan Sdr. Mazlan (Bendahari - yang membacakan sajak 'Hari Raya' karya Dinsman) sajak seperti lagu hindustan, enak didengar tapi tak faham.

Sdr. Rosli Rani & Wan Khasmadi

Majlis yang dimulakan dengan santai puisi di tepi pantai memang unik, antara yang hadir majlis ini ialah Sdr. Dinsman (Presiden PAKSI), Sifu Puan Ainon Mohd (bos PTS), Prof. Abdullah Hassan, Ustaz Azizi Hj. Abdullah, HMS Bakar, Razali Endun, Sdr. Hasni Abas & Sdri. Suria Janib (DBP), Sdr. Azli Lee Abdullah, Sdri. Amruszati, Sdr. Shahrulnizam Talib & Sdr. Daeng Ramli Akil (DPMP), juga DJ Iskandar (Pahang FM).

Ustaz Azizi Hj. Abdullah - bakal Sasterawan Negara, InsyaAllah -
tidak bersajak tetapi seronok di Kuala Pahang

Aktiviti PAKSI di Serandu, Tanjung Selangor (lebih kurang 6 kilometer dari Kuala Pahang), adalah usaha Tuan Haji Kassim Muhammad, seorang penulis cerpen dan rencana kritis. Kini bertugas (Sebagai seorang Insiyur satu syarikat ternama, bekas Pengarah JPS Perlis, asal Sg. Petani Kedah) dengan harapan masyarakat nelayan mampu menghadam sastera.

Tuan Haji Kassim Muhammad - penggerak aktiviti PAKSI setempat
Gambar di ambil dari blog: aziziabdullah.blogspot.com

Masyarakat nelayan di Kuala Pahang yang berperahu kecil untuk kelangsungan hidup tiba-tiba sahaja diajak bersajak dan berpuisi, bergurindam dan berpantun, ombak laut yang sering menjadi mainan mereka seolah-olah cemburu apabila nelayan-nelayan ini bersama PAKSI bersantai puisi, dan bergelak tawa melupakan sejenak keperitan hidup yang terpancar di wajah mereka. Cikgu Aziz menceritakan sejarah Kuala Pahang sebagai pemula acara.

Selesai 'santai puisi' kami dijamu makan tengahari 'ala kenduri' dengan ikan masin dan sambal belacan sehinggakan ada tetamu dari KL yang bertekad untuk mendapatkan ikan masin yang dihidangkan sebagai ole-ole.

Merentas laut ke muara Sungai Pahang dengan kemudi oleh Pak Mat yang katanya pernah terdampar selama 8 jam apabila botnya dilambung ombak, kisah Pak Mat yang berusaha melarang anak-anak buahnya terjun ke laut untuk mengurangkan risiko kelemasan memang meruntun hati kami. Mengelilingi pulau-pulau pasir, memerhati habitat seperti memerang, mendengar kisah Tun Teja dan Hang Tuah, gagal merawat kecut perut kami kerana lambungan ombak.

'Posing' sebelum turun ke laut!


Pak Mat - menyimpan pelbagai kisah laut

Aktiviti PAKSI juga melihat dua pasangan adik beradik Ahmad Tajuddin & Siti Fatimah (masih di bangku sekolah rendah) mendeklamasikan sajak dengan begitu lancar secara hafalan! Moga PAKSI akan mampu melahirkan generasi pelapis dunia sastera Malaysia.
Deklamator Cilik Pekan

Pada malamnya dengan selang-seli ikan bakar, ketam rebus, nasi lemak kukus dan angin Laut Cina Selatan yang pemurah, santai seni dilangsungkan sesuai dengan santainya, kaum nelayan diajak mengenali sajak, pantun, gurindam dan syair. Sajak 'Melayu' karya SN Datuk Usman Awang dan sajak nukilan Sdri. Suria Janib dikupas bagi menerangkan sajak kepada masyarakat nelayan di situ. Jelas satu kepuasan kerana misi merakyatkan seni kepada masyarkat nelayan perahu kecil ini berjaya meninggalkan kesan puitis kepada mereka, walaupun akan ada program susulan selepas ini.

Kepada teman-teman nelayan perahu kecil Kuala Pahang, Tuan Haji Kassim Muhammad dan anak-anak buahnya dan petugas 'chalet' Pinang Sebatang, AJK Persatuan Nelayan Perahu Kecil Kuala Pahang, DPMP, jutaan terima kasih. Kenangan ini sukar dilupakan, InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan ke sana lagi! Syabas kepada PAKSI!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Cam ni okla ...syabas kpd sdr atas coretan menarik ini..
Tanpa Nama berkata…
Gua duk pahang pun x smpai lagi kat kuala pahang, serandu, apala malang nasib aku, ,murka pulak DYMM Sultan..ampun patik..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, saya dari PEKAN..t kasih kerana telah sampai ke Kuala Pahang..cayala..
Tanpa Nama berkata…
menariknya...
Tanpa Nama berkata…
Rasa ingin juga menyertai progam PAKSI masa hadapan..harap maklum dalm blog tuan nanti..ciao..
Tanpa Nama berkata…
Gua dpt byangkan ...mesti best giler..syabas paksi
Tanpa Nama berkata…
Salam puisi utk tuan yg bistari..ilham dari kembara..
Tanpa Nama berkata…
Ala rasa ruginya..x gi sana...insyallah pada masa hadapan..
Tanpa Nama berkata…
saya mazlan (Bendahari 3pk) mengucapkan terima to kaki sakat kerana mempromosikan Persatuan kami .Next time datanglah bersantai seni bersama
Tanpa Nama berkata…
terharu..kuala pahang..diabadi dalam blog tuan..moga tuan sentiasa peka dengan insan kerdil dan trpencil seperti kami..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?