PALESTIN, OH PALESTIN!

"Saya ingin menyampaikan sanjungan kepada semua rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk hidup bebas dan bermaruah dalam sebuah negara yang dapat mereka panggil negara sendiri"..
YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia
"Tanpa tanah dan tanpa air, manusia sukar hidup di dunia ini. Kerana inilah sejak dahulu hingga hari ini, tanah dan air sering menjadi punca peperangan. Rakyat Palestin, misalnya, sanggup mati untuk mempertahankan tanah mereka, walaupun seinci, atau untuk mendapatkan semula tanah yang telah dirampas oleh Israel, sama ada melalui peperangan ataupun melalui taktik dan muslihat lain yang lebih halus"

Y Bhg. Dato' Dr. Hassan Ahmad - Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan

Selama enam dekad, rakyat Palestin masih mencari-cari tanah tumpah darah mereka, selepas diambil oleh Israel pada tahun 1947. Israel lahir pada tahun 1948, namun sehingga kini rakyat Palestin terus tanpa bumi kelahiran mereka! Dan warga dunia masih bernada sama: kasihan, kasihan.



Dan kelihatannya Israel semacam lebih berkuasa dari Pertubuhan Bangsa-bangsa (Tidak) Bersatu (PBtB), saya kira sewajarnya kita tambahkan perkataan 'tidak' sesuai dengan ketidak pedulian dan ketidakberdayaannya terhadap rintihan dan tangsian lebih 8 juta rakyat Palestin.

Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati setiap orang Islam. Dalam al-Quran, bumi Palestin ini dianggap suci dan penuh barakah kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi kiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ketiga paling suci bagi umat Islam. Di bumi ini jugalah peristiwa Isra’ & Mikraj berlaku, di mana Nabi Muhammad SAW melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.

Pada setiap 29 November, untuk kesekian kalinya warga dunia ditunjangi Pertubuhan Bangsa-bangsa (Tidak) Bersatu, akan sekali lagi meraikan Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin. Semoga pada tahun ini, dunia berjaya mengembalikan bumi Palestin kepada rakyatnya. InsyaAllah.

Catatan Kaki: Tulisan ini menyumbang kepada Tabung Aman Palestin: http://www.amanpalestin.org/
Anda juga boleh menyumbang Dana dan Sumbangan :
BIMB 12029010047880, MayBank 562263010787
Dana Pengurusan : Muamalat 12070005133717

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
malang sekali palestin ada harinya tapi tiada buminya..
Tanpa Nama berkata…
syabas kpd tuan mengingatkan Palestin..budi baik tuan moga dibalas ALLAH swt..
Tanpa Nama berkata…
saya jatuh cinta dgn tuan..demi Allah..bagaimana harus saya luahkan kpd tuan selain di sini..
Tanpa Nama berkata…
PBB skdar pak angguk kepada kuasa2 besar..
Tanpa Nama berkata…
InsyaAllah..satu hari Palestin akan ada buminya sendiri..sama-sama kita doakan ( sekiranya itu saja kemampuan kita )
Tanpa Nama berkata…
Kasihan! Kasihan!
Tanpa Nama berkata…
napa ustazah nk kat kaki sakat 2..abg kan ada..oh ustazah (ustazah palestin kot)
Tanpa Nama berkata…
melayu kat m'sia pun x bersatu inikan pulak PBB...porah pbb..wayang aje lebih..syabas kpd tuan..kaki sakat..idup kaki sakat.tabik spring sama lu bro..
Tanpa Nama berkata…
mendapatkan bumi Palestin adalah tanggungjawab seluruh umat Islam,setiap pemikiran,penulisan, penerangan atau sebarang tindakan hendak menjurus kepada subjek menghapuskan linangan air mata yang sudah sekian lama mengalir di pelupuk mata muslimah Palestin, menghijaukan bumi Palestin yang selama ini merah dengan darah mujahidin, mengembalikan keceriaan kanak-kanak Palestin yang yang telah lama diinjak oleh israel laknatullah.kerana ada diantara kita hanya sekadar mengeluh simpati.Ayuh ! terangkan pada keluarga, kawan-kawan, warga kampung atau bandar ,bahawa keselesaan yang kita dapat sekarang ini haruslah disyukuri dengan mendoakan ISLAM AKAN MENANG DI BUMU PALESTIN.
Tanpa Nama berkata…
selama 60 thn. apa yg dilakukan PBB selain meraikan nya pada 29 nov saban tahun.mengaibkan.moga doa semua, rakyat palestin akn terbela.Insyallah.
Tanpa Nama berkata…
PBB sama usia ngan UMNO ..hampeh..dh jadi warga emas kot

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?