HARI CELIK HURUF ANTARABANGSA - 8 SEPTEMBER

Tema sambutan pada tahun ini ialah Literacy is the Best Remedy atau ‘Celik Huruf adalah Penawar Terbaik’, bertujuan merapatkan jurang pendidikan masyarakat bandar dan luar bandar khususnya kanak-kanak dengan keutamaan kepada pribumi dan masyarakat asli.
Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menerusi Hari Celik Huruf Antarabangsa tahun ini memberi fokus terhadap kaitan rapat celik huruf dan kesihatan. UNESCO dan rakan-rakan kerjasama menggariskan kepentingan bagi mengujudkan masayarakat yang sihat dengan penekanan terhadap gejala HIV/AIDS dan wabak-wabak yang lain seperti batuk kering dan malaria yang menjadi agenda penting kesihatan dunia.
Di Malaysia, tahap buta huruf telah berkurangan dengan begitu ketara berbanding 30 tahun yang lalu. Dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Dunia, laporan terkini bertajuk "Perangkap Makanan Segera - Pemasaran kepada Kanak-kanak Asia Pasifik" akan dilancarkan sempena Hari Celik Huruf Antarabangsa pada tahun ini.
P/S: Blog seorang sahabat saya : www.celikhuruf.blogspot.com
Ulasan