HARI CELIK HURUF ANTARABANGSA - 8 SEPTEMBER

Hari ini pada setiap tahun, Hari Celik Huruf Antarabangsa diraikan. Sejak tahun 2000, kerajaan-kerajaan di dunia bersama agensi dan sayap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah melancarkan empat inisiatif kesemuanya menumpukan kepada aspek pendidikan. Empat inistiatif: Pendidikan Untuk Semua (2000-2015), Sasaran Pembangunan Millenium (2000-2015), Dekad Celik Huruf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2003-2012) dan Dekad Pendidikan Untuk Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2005-2014).

Tema sambutan pada tahun ini ialah Literacy is the Best Remedy atau ‘Celik Huruf adalah Penawar Terbaik’, bertujuan merapatkan jurang pendidikan masyarakat bandar dan luar bandar khususnya kanak-kanak dengan keutamaan kepada pribumi dan masyarakat asli.


Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menerusi Hari Celik Huruf Antarabangsa tahun ini memberi fokus terhadap kaitan rapat celik huruf dan kesihatan. UNESCO dan rakan-rakan kerjasama menggariskan kepentingan bagi mengujudkan masayarakat yang sihat dengan penekanan terhadap gejala HIV/AIDS dan wabak-wabak yang lain seperti batuk kering dan malaria yang menjadi agenda penting kesihatan dunia.
Di Malaysia, tahap buta huruf telah berkurangan dengan begitu ketara berbanding 30 tahun yang lalu. Dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Dunia, laporan terkini bertajuk "Perangkap Makanan Segera - Pemasaran kepada Kanak-kanak Asia Pasifik" akan dilancarkan sempena Hari Celik Huruf Antarabangsa pada tahun ini.
P/S: Blog seorang sahabat saya : www.celikhuruf.blogspot.com

Ulasan

salam tuan, terima kasih atas ingatan hari istimewa ini. saya juga sebenarnya tidak sedar akan kewujudan hari istimewa ini. mohon sedut ke laman blog saya. terima kasih. boleh dikongsi dengan sahabat yang lain
Tanpa Nama berkata…
Tahniah atas keperihatinan sdr. rupanya ada juga hari penting seperti ni..
Tanpa Nama berkata…
Wah tahniah tuan, kerana artikel ini disedut ke laman blog yg lain..ada kemajuan..
Tanpa Nama berkata…
Syabas atas ingatan ...
Mohd Isa Abd Razak berkata…
Salam. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Saya meminati perkara ini. Wassalam.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?