LYNAS, PENGERANG & BELAKANG RUMAH


Ketika isu Lynas masih lagi hangat dibahaskan berhubung tahap keselamatannya, kini timbul pula isu Projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.  Khabarnya projek mega ini bernilai enam puluh  billion ringgit dan mampu melonjak ekonomi Johor malah meletakkan Malaysia sebagai pusat dagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia.

Lynas yang diketahui umum, masih menjadi persoalan berhubung tahap keselamatannnya.  Walaupun telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang yang  diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, bahawa projek Lynas dinyatakan selamat.  Walau bagaimanapun  keputusan ini mendapat bantahan pelbagai pihak khususnya badan-badan bukan kerajaan.

Yang terkini ialah apabila pengurusan Lynas gagal mendapat injunksi bagi menghalang NGO Save Malaysia Stop Lynas daripada membuat kenyataan umum berhubung operasi Lynas.  

Anehnya dilaporkan juga bahawa Projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor, pernah cuba dilaksanakan oleh Kuokuang Petrokimia Technologi Co, sebuah syarikat milik negara Taiwan di Taiwan.  Selepas bantahan secara besar-besaran, projek ini telah dibatalkan pada tahun 2011.  Ironinya, syarikat milik negara Taiwan itu dikhabarkan menjadi salah satu pelabur dalam projek Rapid, yang dianggarkan membabitkan kawasan kira-kira 22,500 ekar, yang merangkumi sehingga 15 perkampungan di Pengerang.

Aktivis Taiwan yang anti-Kuokuang, Chen Ping Heng memberi amaran bahawa projek itu boleh menjadi lebih berbahaya kepada Malaysia kerana saiz projek Rapid di Pengerang adalah jauh lebih besar daripada projek Kuokuang di Taiwan. 
Adakah kita memerlukan pakar-pakar luar yang memberitahu kita bahawa projek di belakang rumah kita adalah bahaya, apa jadi dengan cendikiawan dan para sarjana kita, khususnya Majlis Profesor Negara.  Tidakkah MPN mempunyai obligasi moral untuk membantu Kerajaan berhubung aspek seperti di dalam Rapid ini.

Adakah ini contoh pelaburan yang kita banggakan apabila operasi Lynas dan Rapid berpindah ke Malaysia atas nama pelaburan langsung asing.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
jgn harapla mpn tu..lawak la
SIS berkata…
brtindak tanpa fikir akibatnya... nasib baik ada NGO yg prihatin..(trmasuk tn KS)

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?