HARAPAN EMAS MALAYSIA



Kurang  60  jam, sukan terbesar dunia akan berlangsung di kota London bermula daripada 27 Julai hingga 12 Ogos 2012.  Sukan Olimpik yang diadakan setiap empat tahun dengan yang terakhir berlangsung di Beijing pada 2008.  

Persiapan Malaysia menjelang Olimpik telah bermula selepas penyertaan di Sukan Olimpik Beijing 2008, selepas itu Program Road to London yang merupakan program penyediaan atlet untuk mendapatkan emas pertama negara di Sukan Olimpik telah dilancarkan pada 16 Februari 2009.  Yang paling hampir setakat ini ialah memenangi pingat perak melalui acara badminton yang dirangkul oleh Lee Chong Wei di Sukan Olimpik Beijing 2008.  

Sukan Olimpik edisi ketiga puluh adalah kali ketiga kota London menjadi tuan rumah sukan berprestij ini.  Kota London pernah menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun 1908 dan kedua kalinya pada tahun 1948.  

Kontinjen Malaysia diwakili oleh seramai  30 atlet yang telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik London, mewakili lapan acara sukan – Akuatik (Terjun & Renang), Badminton, Basikal (Trek & Lebuhraya), Lawan Pedang, Memanah, Menembak, Sukan Layar dan Olahraga.  Harapan Malaysia sangat diharapkan melalui sukan badminton namun dengan pencapaian cemerlang atlet negara dalam acara lain, tidak mustahil emas pertama negara dapat direalisasikan.

Dalam Sukan Olimpik 1964 yang diadakan di Tokyo yang merupakan sukan olimpik pertama diadakan disebuah negara Asia, perenang negara Molly Tay telah tersenarai dalam saringan 100 meter acara renang gaya kupu-kupu masih menjadi peserta olimpik termuda negara sehingga kini.

Pasukan beregu badminton, Jalani dan Razif Sidek muncul sebagai pemenang pingat pertama untuk negara dalam sukan olimpik melalui acara badminton di Olimpik Barcelona pada tahun 1992.  Rashid Sidek dan pasangan beregu Yap Kim Hock dan Cheah Soon Kit pula mengulangi kejayaan Malaysia dengan pingat gangsa pada tahun 1996 di Atlanta.

Walauapapun acara yang menyumbang emas pertama Sukan Olimpik ini, inilah harapan lebih 27 juta rakyat Malaysia yang digalas oleh 30 orang atlet mewakili negara ke sukan terbesar dunia.  Selamat meraih emas pertama negara di Sukan Olimpik London 2012!

Ulasan

ct berkata…
selamat meraih emas negara
Tanpa Nama berkata…
moga impian bakal digapai..
SIS berkata…
bangga dgn seorg peserta negara acara menembak..walau mengandung azam dan semangatnya patut dicontohi..smoga kontigen negara dpt pulang dengan bangga..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?