BANGANG KUASA DUA



Apabila denda maksimum kesalahan trafik dinaikkan kepada RM2000, maka rakyat seperti saya akan merasa gelisah. Apa tidaknya, denda maksimum sebelum ini hanya RM300 namun kini menjadi hampir tujuh kali ganda sehingga RM2000.  Namun denda ini disanggah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan dikhabarkan ianya bergantung kepada budi bicara hakim yang mengadili kesalahan pesalah trafik.

Namun apa yang menarik ialah hujah disebalik cadangan denda maksimum ialah bagi mengurangkan pesalah trafik.  Kelihatannya Kerajaan berdaulat di sebuah negara maju yang telah memerintah lebih setengah abad masih memberikan atau menggunakan pendekatan yang saya kira tidak cerdik ataupun mungkin hujah yang sangat dangkal.  Apakah kewajaran menaikkan denda kepada tahap yang tidak munasabah mengurangkan bilangan pesalah trafik.  Apakah ada kajian saintifik yang mengaitkan kenaikan denda dengan bilangan pesalah trafik.

Begitu juga pendekatan menaikkan harga rokok yang kononnya dapat mengurangkan jualan rokok, namun statistik perokok masih bertambah saban hari.  Menaikkan harga rokok tidak menjamin mengurangkan bilangan perokok.  Lebih banyak aspek pendidikan harus ditekankan di samping langkah-langkah seperti meninggikan premium insurans bagi perokok berbanding bukan perokok.

Apa yang menarik ialah penglibatan wang dalam semua aspek – mengurangkan pesalah trafik, naikkan sahaja dendanya, mengurangkan beban hidup – berikan sahaja segala macam bantuan segera seperti BR1M, seolah-olah Kerajaan yang telah memerintah selama ini hanya mampu berfikir sedangkal anak yang baru mengenal alam persekolahan.  Malah apa yang memeranjatkan ialah apabila beberapa ketika dahulu ada pula saranan daripada sebuah majlis yang dianggotai oleh bijak pandai kita hanya mampu memberikan saranan supaya diberikan insentif kewangan bagi meningkatkan minat para pelajar menceburi aliran sains!  Kalau itu sahaja saranan yang mampu diberikan, saya tidak nampak kewajaran dan kecerdikan di sebalik nama yang begitu gah.

Kalaulah ini sahaja pendekatan yang digunapakai selepas lebih setengah abad memerintah, maka sewajarnya para pemikir dan penasihat kepada Kerajaan harus digantikan dengan mereka yang lebih pragmatik dan rasional malah yang mampu berfikir di luar kotak.

Kerajaan sepatutnya memikir kaedah yang lebih praktikal dalam mengurangkan pesalah trafik malah denda maksimum haruslah merupakan pilihan terakhir.  Antaranya meningkat kesedaran khususnya di peringkat sekolah menengah supaya kaedah pemanduan lebih berhemah dapat diterapkan.  Misalnya premium insurans bagi pesalah trafik ditingkatkan berbanding mereka yang tidak melakukan kesalahan trafik diberikan insentif pengurangan.  Namun apa yang masih sangat kurang ialah aspek mendidik pengguna jalan raya secara serius.

Mungkin betullah jawapan kepada sebuah teka teki oleh sebuah stesen radio – banyak-banyak kera, kera apa yang paling besar? Jawapan yang diberikan ialah KERAJAAN.   Mungkin maksud teka teki tersebut ialah KERAJAAN yang ada sekarang adalah  setaraf KERA!  Seperti kata pepatah Inggeris -  if you give peanuts you will only get monkeys!

Ulasan

anti saman ekor berkata…
jangan tak tau..ada bisnes kroni denda pesalah trafik..
saripdol berkata…
tu cadangan bangang drpd MPN bagi insentif ..lawak betul..
SIS berkata…
salah satu cara nak kaut duit rakyat....berselindung disebalik memberi pada rakyat..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?