THREE STOOGES VERSI MALAYSIA …


Sewaktu zaman kanak-kanak malah ketika sekarang ini pun apabila telah menjadi bapa kepada lima orang anak berusia dari empat hingga enam belas tahun, saya masih meminati siri lawak The Three Stooges!

Tidak sampai 48 jam isu skandal video seks yang digembar-gemburkan kononnya melibatkan seorang ahli politik pembangkang tercetus dengan pendedahan siapa sebenarnya Datuk T. Rupanya jika beginilah senario menurunkan seorang ahli politik tidak kiralah sama ada ahli politik Kerajaan mahupun pembangkang, ianya tidak mungkin berkesan kerana dianggap tidak beradab dan lari daripada etika kemanusiaan.

Saya cuba merasionalkan tindakan The Three Stooges yang menggelarkan diri mereka sebagai Datuk T, namun gagal, sama seperti menonton aksi-aksi slapstick dalam siri The Three Stooges. Walaupun Datuk T menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi malah tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada pendedahan mengenai video seks yang kononnya melibatkan seorang pemimpin politik pembangkang, saya memang tidak mungkin mempercayainya!

Jika mereka benar-benar ingin membuat pendedahan mengenai salah laku seks secara serius, mereka boleh sahaja menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya dengan membuat laporan polis, kecuali jika mereka memang tidak mempercayai integriti dan kecekapan pihak polis. Jika pihak pembangkang masih lagi mempercayai integriti dan kecekapan pihak polis, si Datuk T, seolah-olah tidak yakin dengan pihak polis berdasarkan pernyataan mereka: "They decided to go to the police so we are also going to the police".

Pendedahan mengenai Datuk T, pecah apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan identiti mereka bertiga. Walaupun beliau menafikan bahawa watak yang terlibat di dalam video yang dimaksudkan bukan oleh tokoh pembangkang yang digembar-gemburkan, namun dinafikan oleh salah seorang ahli Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang kononnya beliau ada bersama di dalam video tersebut. Malah apabila ditanya peranannya di dalam video, dia menegaskan I cannot tell you! I am in the tape, why should I lie to you? Many people know me, I have given you my name.”

Jika itulah peranannya, maka mungkin Jabatan Agama Islam malah pihak polis boleh mensabitkan beliau atas tuduhan terlibat dengan skandal seks. Seperti dalam siri The Three Stooges dengan jalan cerita yang celaru, lawak yang slapstick, pendedahan tiga sahabat (?) sama seperti aksi dalam The Three Stooges, bezanya ini versi Malaysia Boleh!

Dengan persembahan Three Stooges yang penuh persoalan dan skrip yang rapuh, sekurang-kurangnya tidak perlulah gesaaan pembaziran wang rakyat dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja!

Ulasan

anep berkata…
ha ha ha ..mmeng minat 3 stooges ..
Tanpa Nama berkata…
sonyap dah..kantoi kantoi..
SIS berkata…
eeiiii..tak suka dengan cerita three stoges versi malaysia...kadang kala dah jadi menyampah dengan cerita2 dan berita tentang skandal2 vvip ni...biarlah si luncai terjun dengan labu2nya..biarkan..biarkann

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?