APABILA BENCANA MENJADI GURAUAN ...


Setiap hujung minggu, saya akan membeli lebih daripada satu akhbar, 2 berbahasa Inggeris dan 2 berbahasa Malaysia. Walaupun pada hari biasa saya hanya membeli 1 akhbar berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris.

Pada setiap hujung minggu, menatap Berita Minggu, saya akan terus menyelak ke halaman dalaman membaca tulisan Mior Kamarul Shahid (Datuk), Pengarang Kumpulan BHSB. Tetapi hari ini, bacaan saya agak terganggu dengan kartun yang menghiasi halaman yang sama menggambarkan Ultraman (watak animasi Jepun) yang lari kerana dikejar tsunami. Kartun lukisan Zoy, menyebabkan saya menggeleng kepala dan berasa amat resah. Saya tidak mungkin menyalahkan Zoy, tetapi lebih menyalahkan editor yang bertanggungjawab, dalam konteks ini tentulah saya akan terus menyalahkan Datuk Mior Kamarul Shahid atas kesalahan anak buahnya.

Ketika kita bersimpati dengan bencana yang menimpa negara matahari terbit itu, kartun sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar Berita Minggu hari ini adalah perkara terakhir yang terlintas di benak kita. Saya percaya hal ini adalah ketidaksengajaan di pihak akhbar Berita Minggu, walaupun telah ada permohonan maaf lewat Berita Harian online pada jam 7.38 malam tadi.

Penyiaran kartun seumpama itu tentulah dianggap sebagai satu gurauan malah mempersendakan bencana yang diturunkan Allah SWT kepada rakyat Jepun yang tabah menerima kehadiran tsunami untuk kesekian kalinya.

Mungkin mudah kepada pihak Berita Minggu memohon maaf, namun bukan mudah bagi kita melupakan episod ‘tidak sensitif’ dan buta rasa semacam ini!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
berita harian/minggu menjadi BERITA BIADAP!
siti berkata…
kartunis satu hal, yg lebih teruk ialah editor yang melepaskan siaran kartun ini ...
SIS berkata…
manusia sering lupa...krn musibah tidak pada dirinya...bangga berada dlm zon selesa...lupa hidup spt roda..sekejap di atas pasti akan ke bawah juga..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?