MENUNTUT KEWAJARAN

Benar saya memang terganggu membaca laporan di dalam akhbar semalam, memberitakan tentang Naib Yang Dipertua 2 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah terhadap dana projek menaik taraf jalan raya yang bernilai RM3.7 juta milik pertubuhan itu antara tahun 2002 dan 2004. Turut dituduh bersama-sama Ariffin, 74, yang juga bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas kesalahan itu ialah dua ahli Perkim Cawangan Damansara Utama, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60. Saya bukanlah mahu mempertikaikan keputusan mendakwa ketiga-tiga mereka tetapi agak terganggu bagaimana dana projek menaik taraf jalan raya diberikan kepada PERKIM, atas dasar apa? Bukankah Perkim bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan dengan kebajikan umat Islam khususnya saudara baru di negara kita. Adakah kontrak tersebut diberikan kepada Perkim? Jika ya ata...