NORAMFAIZUL, ANDALAH HERO SEBENARNYA …

Ketentuan Ilahi tiada siapa dapat menyanggahnya. Ajal, maut, rezeki dan jodoh adalah ketentuanNYA juga. Begitu juga, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang meninggal dunia ketika menjalankan misi negara bersama Kelab Putera 1Malaysia. Allahyarham yang menyertai Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia & Bakti di Somalia bersama lebih 50 petugas di Mogadishu, Somalia.

Misi Kemanusiaan pimpinan Datuk Abdul Azeez Rahim, Presiden Kelab Putera 1Malaysia yang berlepas pada 28 Ogos yang lalu dan dijangka pulang pada 8 September terpaksa memendekkan misi mereka ekoran kejadian yang tidak diingini pada anggota misi. Allahyarham Noramfaizul dikhabarkan terkena tembakan curi yang menyasarkan trak tentera Kesatuan Afrika. Misi kemanusiaan yang sebenarnya ingin membantu rakyat Somalia yang tersepit akibat kebuluran, penyakit dan pelbagai masalah kesihatan akhirnya terpaksa akur dengan pergolakan dalaman di Somalia.

Semoga insiden yang mengorbankan Allahyarham Noramfaizul, akan membuka mata dunia bagaimana negara kita atas nama kemanusiaan sanggup menghantar petugas bagi membantu rakyat Somalia meskipun terpaksa meninggalkan keluarga dan menyambut Aidil Fitri di bumi asing hanya untuk memastikan kebajikan sesama umat Islam di negara seperti Somalia.

Adakah kita memerlukan tragedi seperti ini yang mengorbankan nyawa yang tidak bersalah yang hadir untuk menghulurkan bantuan, untuk membuka mata dunia khususnya dunia Arab Islam bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Somalia atau mana-mana negara yang dilanda masalah kemanusiaan.

Harapannya insiden ini tidak akan mematahkan hasrat dan niat ikhlas rakyat Malaysia untuk terus menghulurkan bantuan atas nama kemanusiaan sesama umat Islam. Kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul, salam takziah, sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi Allahyarham. Semoga roh Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor akan dicucuri rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Amin. Sesungguhnya, Noramfaizul, andalah HERO sebenarnya!

Nota Kaki: Semoga selepas beberapa ketika tidak akan ada sesiapa yang akan mengatakan penembak curi di Somalia yang mengorbankan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor adalah hero sebenarnya.

Share this article :
 

+ komen + 9 komen

anep
3 September 2011 10:53 PTG

AlFatihah ...semoga roh Allahyarham akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt..

4 September 2011 1:37 PG

kematian dimana2 saja..sejak akhir2 ini byk berita kematian yg dikhabarkan...sesungguhnya mengingati mati adalah satu ibadah...

sarip dol
4 September 2011 12:58 PTG

setuju sgt, sdr noramfaizul adalah sebenarnya HERO utk seluruh rakyat Malaysia.

hani
4 September 2011 2:19 PTG

semoga roh allahyarham dilimpahi rahmat dan keredhaan allah swt..takziah kpad misi kemanusiaan

jais
4 September 2011 3:58 PTG

sesungguhnya rakyat Malaysia bersedih

Tanpa Nama
4 September 2011 5:17 PTG

manade hero bai...askar yang kudung kaki menentang komunis tu lagi hero daaa...mende laa..!!..setakat kena peluru sesat pe la sngt..chehh.!!

Tanpa Nama
4 September 2011 7:51 PTG

Aku stuju dgn tanpa nama. Skrg nih senang sgt nak declare hero. Main badminton hero, kena lepuk sket hero. Yg bapak aku masuk utan kuar utan carik kominis apa ada? Tinggal anak bini 3-4 bulan. Dok dlm utan grik, utan kroh bagai. Yg so called presiden putera tuh x tau ker tmpt2 berisiko cam tuh nyawa bagai diujung tanduk. Sembang berdegar baju kalis peluru pon x bleh nk supply. Korang pikir laa sendiri.

haji manap
5 September 2011 2:16 PTG

salam..tafsiran tuan empunya blog dan Tanpa Nama berbeza..ttp kalau bagi nama kan lebih lAki..ha ha..

Tanpa Nama
11 September 2011 11:24 PTG

Ala tn blog ni cam bodek je..org kuat putra ke..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger