APABILA IKHLAS DINILAI DALAM RINGGIT MALAYSIA …

Gambar Not RM100 - Gambar diambil dari zorro-zorro-unmasked.blogspot.com

Saya adalah seorang yang sangat menghargai jemputan mahupun undangan, samada jemputan majlis kahwin atau pun undangan ke majlis-majlis dan saya akan sebaik mungkin cuba menghadirkan diri samada undangan dari siapa pun tanpa mengira darjat dan pangkat malah tidak pernah menjadikan jauh dan dekat sebagai alasan. Yang penting ialah keikhlasan menghadirkan diri dan memenuhi undangan si pengundangnya.

Baru-baru ini Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng telah memberikan sumbangan tahunan sebanyak RM100 kepada warga emas di negeri ini sebagai satu usaha penghargaan dan bantuan ikhlas kepada mereka. Usaha murni ini telah ditempelak oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kononya dilaporkan merasa malu dalam laporan seperti berikut oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 April 2010.

"Saya rasa malu bila terbaca Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim (Guan Eng) memberi cuma RM100 setahun kepada warga emas. Kalau dikira tidak sampai RM10 sebulan.

"Pemberian itu kononnya bantuan dan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu dengan cara mereka menjaga orang tua yang kononnya untuk membela nasib rakyat," .

"Takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada pemimpin mereka cuma kurang RM100. Itulah nilai warga emas di Pulau Pinang,".

Soalnya tahu kah si Menteri berkenaan nilai RM100 yang diberikan dengan rasa ikhlas dan penuh tanggungjawab kepada warga emas yang miskin? Mungkin nilai RM100 itu sangat kecil dan hina kepada si Menteri yang menjaga kebajikan tetapi amat bermakna kepada sipenerima dari kalangan warga emas. Apalah nilai RM100 yang diberikan jika diiringi dengan agenda lain atau ‘ada udang sebalik mee’? Kalau inilah sikap dan pendirian seorang Menteri pusat (yang kebetulan berasal dari Pulau Pinang) saya tidak yakin BN mampu menawan semula Pulau Pinang.

Saya tidak menyalahkan si Menteri yang menjaga kebajikan ini kerana beliau juga dilantik atas rasa ihsan dan bersifat kebajikan di samping sebagai Ketua Wanita UMNO! Tahniah di atas rasa malu Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semoga akan ada lebih ramai Menteri yang merasa malu dengan tindak tanduk pemimpin negeri pembangkang supaya boleh melakukan yang lebih baik dari mereka!

Ulasan

anis berkata…
lawak betul menteri yg malu tu..
anti bn berkata…
mungkin bagi menteri tu RM100 tak de nilai dan hina kot
ira berkata…
berapa agaknya nilai menteri pulak?
sorryzat berkata…
kalau u tak buat org lain buat jgnla kutuk wahai menteri..
SIS berkata…
patut menteri yg mempertikaikan keikhlasan org tu..tanya diri sendiri..ada tak dia sendiri bagi sumbangan pada warga emas..dlm Islam sendiri walau RM0.10 pun asal ikhlas dah dapat pahala dah..
wanman68 berkata…
bukan nilai RM ukurannya tapi keiklasan yang penting. Kalau mak menteri rasa kecil, apa lagi hulurlah yang beso pulak.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?