SAYA PUN MELAYU


"Hari ini kepimpinan politik negara dilihat sebagai politik cowboy. Dalam siri TV The Wild Wild West yang saya tonton pada zaman muda dahulu, watak-wataknya yang ada pistol dan sanggup serta cekap menggunakan pistol itulah yang berkuasa. Tidak ada undang-undang dan peraturan; kalaupun ada undang-undang, ianya boleh dijual beli. Inilah budaya politik cowboy yang menerap dalam negara kita sekarang ini.

Saya bimbang dengan cara ini, di mana kuasa boleh dibeli, dan menggunakan kuasa untuk mencari kesahihan, ia akan menghancurkan segala pencapaian yang ada. Sesetengah orang Melayu sudah tidak tahu lagi membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dalam penentuan nilai politik mereka. Wang ringgit dan kuasa sudah membuatkan wawasan mereka kabur." - petikan dari buku 'Saya Pun Melayu', ZI Publications, 2009, 311 m/s.

Saya teringat ketika bertugas di sebuah stesen TV swasta pertengahan tahun 90-an, sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar dalam perjalanan ke mesyuarat penting bersama bos saya, saya ditegur kerana membaca sedangkan pada pandangan bos saya, sepatutnya saya membincangkan perihal perkara yang akan kami bentangkan dalam mesyuarat penting itu.

Saya teringat ketika itu saya membaca karya Nelson Mandela – Long Walk To Freedom, dan ketika pembentangan saya sengaja membawa naskhah itu ke dalam bilik mesyuarat dan akhirnya menggunakan bait-bait dan kupasan dalam buku yang saya baca ketika menunggu lampu isyarat bertukar, sehingga kami berjaya di akhir pembentangan penting itu!

Ketika saya mendapat naskhah ‘Saya Pun Melayu’ saya mula membacanya ketika menunggu lampu isyarat bertukar dan itulah yang saya lakukan sehinggai usai saya menghadam seluruh buku tersebut.

Buku ini dilancarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz pada 23 Mac 2009 yang lalu. Pelbagai isu Melayu dikupas oleh pengarangnya: identiti, keistimewaan, dan politik yang sedang mengalami peralihan.

Zaid Ibrahim, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang jawatan dengan portfolio kehakiman selama 5 bulan 27 hari, suatu tempoh paling singkat dalam sejarah tanahair. Meletak jawatan secara bermaruah kerana tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan untuk mengguna Akta ISA.

Pengarang buku 'Saya Pun Melayu' - Datuk Zaid Ibrahim

Saya Pun Melayu dibahagikan kepada 3 bahagian – dan dipecahkan kepada 20 bab. Kisah hidup pengarang ini diungkap dari sejak kecil hingga dewasa, dan seperti kisah kejayaan yang lazimnya, Zaid Ibrahim lahir dari kemiskinan dan perpisahan kedua ibu dan bapanya sewaktu kecil. Berjalan sejauh 6 km ke sekolah di Kelantan dan belajar atas biaya sendiri ketika di London untuk menjadi seorang peguam yang berjaya.

Saya Pun Melayu wajar jadi bacaan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran kerana itulah intipati buku ini – kebenaran harus ditampilkan walaupun pahit. Ditulis dalam bahasa yang mudah dan mampu difahami oleh siapa sahaja. Buku ini bukan sekadar rakaman peristiwa dan perjalanan pengarangnya malah adalah pandangan kritis mengenai isu semasa khususnya berhubung politik semasa yang dilabelkan sebagai 'demokrasi kangkung' dan murahan! Selain dari itu, Saya Pun Melayu boleh melonjak motivasi anak-anak muda untuk berjaya seperti pengarangnya.

Ulasan

SIS berkata…
salam tn ks..mcm best buku ni..saya nak cari kat pesta buku laa dan jadikan koleksi berharga saya sebab saya pun melayu..
ustazah berkata…
salam tuan, saya pernah lihat buku ini tapi tak tak teruja utk membaca apatah lg membelinya, InsyaAllah lepas ni, saya akan cari di kedai buku..terima kasih tuan..
anep berkata…
Insyaallah saya akan dptkn buku 2 dalm Pesta buku nanti..
anak melayu berkata…
Saya pun melayu..
Syukri Sapuan berkata…
salam ziarah.

entri ini membuatkan saya tertarik utk membeli buku tersebut.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?