PARA USAHAWAN & KOPERATOR - SELAMAT BERURUSAN DENGAN 8 KEMENTERIAN!


Minggu lepas,YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak yang dilantik menjadi Perdana Menteri ke-6,mengumumkan barisan Kabinet barunya yang khabarnya dikecilkan. Dan seperti biasa pelbagai ulasan dan pujian diberikan kepada kabinet baru ini. Misalnya lidah rasmi PAS dalam Harakah menggunakan tajuk: KABINET IKAN BUSUK. Tetapi secara peribadi saya tidak mahu komen pemilihan dan kewajaran pilihan YAB PM, yalah PM mungkin telah mengambil masa yang agak lama tentunya untuk menentukan saf yang bakal membantunya, mungkin sejak dari terpilih sebagai Timbalan Perdana Menteri, itu andaian saya!

Merenung kepada barisan jemaah Menteri dan Kementerian yang diumumkan pada petang Khamis,9 April yang lalu, beberapa Kementerian telah ditiadakan (baca:MANSUH). Antara yang menjadi mangsa ialah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD), Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dan Kementerian Tenaga,Telekom & Pos. Memanglah betul bahawa fungsi semua Kementerian yang ditiadakan (baca:MANSUH) ini diambil alih oleh Kementerian lain, tetapi wajarkah seorang Menteri dipertanggungjawabkan sehingga beberapa portfolio dan mungkinkah ketepatan KPI dengan menggalas pelbagai portfolio hingga hilang 'niche' dan mungkin (baca:MUNGKIN) akan membantutkan keberkesanannya kecuali jika si Menteri yang diamanahkan dengan pelbagai portfolio dengan alasan untuk lebih efisien dan mudah dipantau atau menggunakan alasan semasa: KEGAWATAN EKONOMI atau alasan yang lebih akademik (kononnya) seperti negara-negara maju yang mempunyai barisan Kabinet yang sedikit bilangannya, mungkin dengan mempunyai bilangan Kabinet yang banyak dianggap KONSERVATIF!

Selepas pelbagai gesaan mengenai MECD, Perdana Menteri membuat kenyataan bahawa semua fungsi MECD akan diterus dan dikekalkan oleh 8 Kementerian, misalnya MARA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan Universiti Kuala Lumpur (asalnya di bawah MARA diletak pula di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, TEKUN ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, PKK ke Kementerian Kerja Raya, SKM dan MKM ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan bla bla bla bla..

Dan saya sedang memikirkan untuk mengusahakan perniagaan baru sebagai usaha membantu Menteri-Menteri yang diamanahkan portfolio yang pelbagai supaya dapat memudahkan dan mampu memberikan bacaan KPI yang lebih ampuh: Perniagaan baru yang sedang saya fikirkan : HANTU RAYA UNTUK DISEWA!

Ulasan

ustazah berkata…
Salam tuan,rindunya dengan tuan,ke mana menghilang, rasanya mengkaji saf kabinet yang baru..seperti tuan,MECD tidak patut ditiadakan:baca MANSUH! Ulasan yang menarik,adakah tuan sihat atau sibuk urusan harian..
amiera berkata…
pedasnya ...sapa makan cili dia rasa pedas...
aliff berkata…
hahaha..2 bisnes bagus tu, mesti menteri-menteri leh sewa sbb nak nampak lebih efisien.kjap ada kat utara kjap ada kat selatan ..tapi mungkin PM ada kewajarannya sendiri..biarla ..
pipit berkata…
bravo bro..sakat yg menyengat..
SIS berkata…
salam tn ks...betul la bisness hantu raya lagi manyak untung maaa...tapi menteri mana lak yang paling layak untuk di propose??
SIS berkata…
sian kat hantu raya..kena sewa lak..klau dia leh cakap mesti dia cakap...sapa la nak sewa aku ni...tn ks mmg nak kena...hahaha
mamu berkata…
saya suka blog ni..teruskan menyakat utk kebaikan..
anep berkata…
sinis..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?