TOL OH TOL!
pada 24 Feb 2009, ihsan Utusan Malaysia
Apabila Hero Hindustan yang menggantikan Hero Tamil sebagai Menteri yang bertanggungjawab mengenai urusan tol di Negara ini mengumumkan penutupan dua plaza tol dalam bulan Februari, saya berpendapat bahawa inilah hadiah terbaik untuk rakyat.
Dan si hero Hindustan yang sama pula membuka pintu kepada sesiapa sahaja (baca: bukan rakyat jelata) untuk menyemak perjanjian konsesi yang dahulunya diklasifikasi sebagai Rahsia Rasmi oleh si hero tamil, maka bertambahlah kekaguman kepada pentadbiran dan ketelusan yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri ‘come work with me’!
Tiba-tiba kurang seminggu daripada penutupan plaza tol di Salak Jaya (dengan titah Kabinet) maka pengumuman kenaikan tol yang bakal bermula 1 Mac 2009 nanti, khabarnya kenaikan ini telah ditangguhkan sejak 14 bulan yang lalu, sepatutnya kenaikan ini ialah pada 1 Januari 2008 dan jika kenaikan itu menjadi realiti pada ketika itu, tentu kita dapat bayangkan nasib si hero Hindustan mungkin sama seperti si hero tamil tadi yang begitu taksub dengan perjanjian konsesi, mungkin tersungkur di lebuhraya.
Walau apapun alasan dan kemunasabahan yang digariskan untuk menjustifikasi kenaikan ini saya kira masa dan ketikanya adalah tidak tepat dengan situasi ekonomi pada masa ini.

“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar, “Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,” - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah.
Saya sedikit keliru adakah si hero Hindustan telah memegang dua watak di samping sebagai tok dalang wayang kulit kerana meuar-uarkan penutupan plaza tol (sampai dua) sebelum mengumumkan kenaikan tol kepada lima konsesi lebuhraya, dan yang ironinya ialah kenaikan sebanyak 40 sen (jangkaan) di salah satu tol yang sebelum ini telah ditutup oleh si hero Hindustan tadi. Dan anehnya kenaikan tol juga diputus dengan titah Kabinet.
Mungkin Kerajaan BN ingin mengubah slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’ kepada ‘Tradisi Membeliakkan Rakyat’ ialah rakyat mesti terbeliak – Apa! Tol naik lagi?
Catatan Kaki: Mungkin keterlaluan bagi saya yang naif dari aspek perundangan, tidak mungkinkah perjanjian konsesi Kerajaan dan pemegang konsesi dikaji semula, adakah rakyat jelata yang biasa seperti saya mempunyai hak untuk mencabar perjanjian tersebut, tidak terdapatkah klausa yang memungkinkan perjanjian tersebut dikaji semula tanpa beban kepada Kerajaan dan rakyat.

Ulasan