AMBO, DEMO, MEREKA & KITA...




Saya selalu mengabadikan hari Jumaat dengan aktiviti seminima mungkin dan yang kurang membebankan minda saya. Itulah kelaziman saya menjalani kehidupan hari Jumaat saya sekian lama.

Seperti biasa, menghadap TV3 untuk menonton Buletin Utama, saya beberapa kali membetul dan mengubah saluran, sangka saya saya tersilap saluran, namun itu juga yang saya lihat di kaca televisyen. Apa tidaknya aksi demonstrasi jalanan menghiasi kaca televisyen saya, saya tergamam apakah itu berita dari negara jiran samada kota Bangkok ataupun Jakarta, ternyata saya silap, lokasinya ialah di Kuala Kangsar Bandar DiRaja!

Bandar DiRaja Kuala Kangsar memang lazimnya menjadi persinggahan kami sekeluarga samada dalam perjalanan pergi dan balik dari kampung di utara, apa yang menambat kami untuk singgah di bandar tepi sungai ini – Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

Apa yang saya saksikan benar-benar mengecewakan, lebih 3000 rakyat Malaysia (pedulilah mereka itu penyokong PAS, PKR ataupun Pakatan Rakyat) merusuh dan menjerit seperti rakyat yang tidak punyai adab dan hilang tatasusila. Bukankan terkandung dalam Rukunegara:
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.

Selain seperti manusia hilang pertimbangan, ada pula yang baring di atas jalan untuk menghalang kenderaan (pedulilah kenderaan rasmi yang membawa Raja Muda Perak atau siapapun, yang pasti berbaring di jalan raya adalah di luar kewajaran seorang manusia beradap).

Rakyat Malaysia (saya tidak pasti adakah mereka layak menjadi Rakyat Malaysia) bertindak ganas dan liar sehingga memaksa pihak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menghambur gas pemedih mata.

Mungkin terdapat percanggahan pendapat ialah pendapat umum, pendapat saya dan anda yang membaca blog ini, pendapat pemerintah, pendapat pembangkang, tetapi bukankan telah diputuskan bahawa akan akur dengan segala tindakan, pertimbangan dan keputusan DYMM Sultan Perak, dan bila keputusan telah dibuat ternyata di luar dugaan si penerima keputusan, dan rakyat Malaysia yang memilih untuk berdemonstrasi hanya mungkin dihidang dan disajikan maklumat separuh mentah sebagai asas untuk berdemonstrasi, bukankah Perlembagaan Negeri Perak jelas dan nyata bahawa perogratif dan keputusan akhir terletak di tangan DYMM Sultan.

Asas Rukunegara jelas sekali: percayalah kepada Tuhan, yang menentukan Qada’ dan Qadar. Setialah kepada Raja dan Negara, walaupun keputusan seolah-olah tidak memihak kepada satu-satu pihak. Berpeganglah kepada Perlembagaan, tentulah DYMM Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara dan pengamal perundangan telah perhalusi semua aspek dan mungkin juga telah diberi pandangan oleh pakar-pakar dan penasihat baginda.

Mendaulatkan Undang-undang adalah asas setiap rakyat dunia, apatah lagi kita di Malaysia yang terkenal dengan sifat dan sikap kesopanan. Budi Bahasa Amalan Kita!

Saya mungkin tidak bersetuju dengan mana-mana keputusan dan tindakan tetapi membawa sesuatu ketidakpuasan ke jalan raya dalam bentuk demonstrasi bukanlah budaya saya, saya ulang: Bukan Budaya Saya!

Dan saya kira yang paling beruntung dengan demonstrasi ini ialah Kementerian Pelancongan Malaysia yang sedang giat mempromosi ‘Zoom- Pelancongan Domestik’ apa tidaknya Bandar DiRaja Kuala Kangsar dan Masjid Ubudiah bakal menjadi tarikan pelancong luar dan dalam Negara. Promosi percuma.

Catatan Kaki: Saya agak taksub dengan Rukunegara kerana saya adalah murid pertama di sekolah saya yang mengetuai bacaan Rukunegara ketika saya dalam Darjah 2, sewaktu Rukunegara pertama kali diperkenalkan. Hadiahnya: Sekotak pensil warna. Itulah warna kehidupan saya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan,saya berkongsi dengan tuan saya juga tidak gemar aksi berdemonstrasi mungkin ada wadah permuafakatan yang lain..tapi saya mngkin berdemo jika tuan masih berdiam diri..maaf tuan!
Tanpa Nama berkata…
Aku malu jadi rakyat malaysia semacam itu,patut antar aje kat Zimbabwe, baru padan muka!
Tanpa Nama berkata…
saya pun tidak setuju dgn keputusan tapi untuk berdemo saya rasa tidak..
Tanpa Nama berkata…
saya pun tidak setuju dgn keputusan tapi untuk berdemo saya rasa tidak..
Tanpa Nama berkata…
x nampak pun DAP dlam demo tu..org melayu aje yg berdemo,bangsa lain sorak aje..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,demonstrasi bukan budaya kita..teruskan pandangan tuan..
Tanpa Nama berkata…
saya kira tuan punya bakat kepimpinan ..
Tanpa Nama berkata…
setuju dgn pendirian tuan..
Tanpa Nama berkata…
PR gila kuasa kot..
Tanpa Nama berkata…
Daulat Tuanku..hidup tuan sakat!
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..bangsa melayu kaya dengan adat budaya dan budi bahasa..ada byk cara lain selain demonstrasi yg menelanjangkan kebodohan sendiri..apa daaaa
Tanpa Nama berkata…
tertanya2 sendiri ustzh nak demo camna lak kalau kakisakat masih berdiam diri..
Tanpa Nama berkata…
aku hangin betul la ngan ustazh 2,x abih2 ngan pemilik blog ni,ko pun nk jadi kaki sakit la plak..sya stuju nmpak hnya org melayu jd alat untk mencapai matlamat org lain...sedarlah wahai melayu ku,kat uztazah 2 klau tuan blog ni x nak..aku ni kan ada,x yah berdemo-demo..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, REFORMASI..kadang2 kita kena berdemo untk mencapai matlamat..
Tanpa Nama berkata…
org x nak berdemo ni penakut, bacul & dayus..
Tanpa Nama berkata…
klau stakat berdemo dan jadi barua bangsa asing, derhaka kpd raja melayu..apa itu...lagi bangsat..
Tanpa Nama berkata…
saya kira tuan sudah sifat kepimpinan sejak kecil apabila dipilih mengetuai bacaan RN..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, saya suka dgn kesederhanaan dlm tulisan tuan, tidak spt blog2 lain yg agak ekstrem..teruskan, sudahkah tuan berusaha mengingati saya..
Tanpa Nama berkata…
muafakat membawa berkat..
Tanpa Nama berkata…
raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah...lu pikirla sendiri (pinjam tagline si nabil!)
Tanpa Nama berkata…
saya setuju: raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Tanpa Nama berkata…
salam tuan: tulisan yg memiliki kesedrhanaan.blog ini menarik!
Tanpa Nama berkata…
mawar biru kena lah bagi tips@hint baru lah tn ks leh agak..setakat nama samaran mawar biru cam na tn ks nak teka..betul tak tn ks?
jama berkata…
Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah.Melayu mudah lupa ...(pinjam dari bait sajak kepala penderhaka)

"Rule of law" kalu kita buat undang-undang x mau dipatuhi maka jangan lah berselindung di sebalik rukun negara .

Undang-undang manusia penuh dengan kelemahan. Dari itu wahai umat manusia kembalilah kepada undang-undang Al-Quran pasti selamat dunia akhirat.

Depa ingat nak idup senang berapa tahun kat dunia ni. Lepas tu kemana kita ......Sendiri mau ingat la bro.

Depa ingat bunuh orang, dan gunakan orang utk cover line boleh selamat ke.... kat dunia ni pun idup dia x tenteram jiwa, nampak je senyum tapi jiwa bergelora.

Lupakah dia kepada org tuanya yg dah tiada dan sentiasa mengharapkan kebaikan dari sianak untuk meringankan siksa . tapi kalau cam ni tingkah laku anak dan menantu hampeh la ........

FIKIRKAN LA
khancha2692 berkata…
Biar derhaka pada raja jangan derhaka pada ALLAH.....Raja yg adil di sembah.......Malaysia demokrasi....mengapa harus takut pada demonstrasi..?berani kerana benar takut kerana salah.....kita terlalu kenyang di hidangkan berita2 yang memualkan oleh media2 pengampu....UMNO sebenarnya yg gila kuasa.....kalau brani adakan pilihanraya, br tau rakyat meluat ke tak...
maaf ye tuan ks..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU