NILAI BERITA & KASUT TIGA PASANG

Gambar Hiasan: Pengilat Kasut (Shoe Polish)

Seingat saya antara kerjaya awal saya yang saya menghadiri temuduga ialah untuk menjadi seorang wartawan di Kumpulan Utusan ketika saya berumur sekitar 21 atau 22 tahun. Antara yang menemuduga saya ialah Sdr. Johan Jaafar (kini Datuk), dan ringkasnya saya gagal mendapatkan pekerjaan tersebut.

Setelah hampir dua dekad selepas itu, ketika saya mempunyai pejabat di Petaling Jaya, terserempak dengan Datuk Johan Jaafar, dan saya sempat berkongsi bahawa saya pernah menghadiri temuduga untuk menjadi wartawan dan ditemuduga oleh beliau. Selepas beberapa kali saya menemui beliau, saya berpuas hati dan bersyukur kerana tidak menjadi wartawan. Seperti kata SN/SR A. Samad Said dalam dedikasi bukunya Hujan Pagi kepada Dr. Harun Derauh: wartawan jati jarang makan gaji, tanpa makan hati.

Dan ketika dunia masih berkecamuk dengan penderitaan rakyat Palestin atau masih menunggu-nunggu apakah langkah Presiden Negara 'Polis Dunia' yang baru, Barrack Hussein Obama ke arah keamanan sejagat. Berita kehilangan kasut bekas Menteri Kewangan – Tun Daim Zainuddin mengisi ruang berita di akhbar Utusan Malaysia. Dua hari berturut-turut akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita kehilangan tiga pasang kasut milik Tun Daim.

Saya bukanlah mempersoalkan mengenai kehilangan kasut dari kediaman yang dikawal oleh empat pengawal keselamatan warga asing ataupun nilai kasut yang hilang mahupun Tun Daim sendiri, tetapi yang lebih mengharukan ialah apakah asas yang menjadikan berita kehilangan kasut tiga pasang ini menjadi berita.

Mungkinlah ilmu kewartawanan saya tidak mencapai tahap Jean Servan-Schreiber, wartawan Perancis yang terkenal mahupun Nicholas Tomalin, wartawan Sunday Times yang tajam dalam laporannya, tetapi naluri pembacaan dan intuisi saya sekurang-kurangnya dapat membezakan nilai berita sebenarnya. Selepas dua hari berturut membaca laporan kehilangan kasut, saya lantas membuat kesimpulan peribadi: berita itu hanyalah sekadar penyendal, yakni 'filler'.

Seperti yang ditegaskan oleh Charles A. Dana, seorang editor yang terkenal, "jika seekor anjing mengigit manusia, itu bukanlah berita, tetapi jika manusia menggigit anjing, itulah berita!"

Catatan Kaki: Tahniah kepada Sdr. Zin Mahmud kerana menerajui Mingguan Malaysia sebagai editornya. Moga wajah baru Utusan dan Mingguan Malaysia mampu menganjak minda Malaysia.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan,saya pun rasa terganggu dan tertanya-tanya apa pentingnya laporan kehilangan kasut di rumah Tun Daim.Dan pendirian tuan bahwa berita semacam itu hanyalah penyendal melegakan saya.Mungkin kisah rindu peminat kepada pemilik blog patut jadi berita, saya masih..
Tanpa Nama berkata…
hahahaha..lawak betul kisah kasut hilang,mmg patutlah tuan membuat kesimpulan cam tu..
Tanpa Nama berkata…
patutla kisah kasut bekas MK jadi berita penyendal aje...
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..rasanya wartawan tu nak 'highlight' Tun Daim yang lama dah orang lupa..padan muka dpt gelaran berita penyendal..hahaha
Tanpa Nama berkata…
aik ustzh apa tu....'berita rindu peminat kpd pemilik blog' patut jadi berita dalam diari je laaa..
Tanpa Nama berkata…
berita cam 2 x yahlah nak kuar..ngok betul la..
barajiwa berkata…
Baguslah begitu. Biarlah mereka terus terapung-apung dalam dunia khayal mereka. Jangan terkejut, jika akhbar jenis ini bakal melaporkan dan membanding-bandingkan kewangian kentut tuan-tuannya.

How pathetic! Begitu menyedihkan sekali.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?